Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n SUKSAR manifestas­i kesungguha­n rampas kembali kejuaraan pada SUKMA Perak 2018

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Penganjura­n semula Sukan Sarawak (SUKSAR) selepas 27 tahun menjadi manifestas­i kesungguha­n Sarawak untuk merampas kembali kejuaraan pada temasya SUKMA Perak 2018.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata SUKSAR yang kali terakhir dianjur pada 1990 menjadi landasan penting untuk mencungkil dan mengangkat bakat-bakat baharu sebagai persiapan kontinjen Sarawak menghadapi SUKMA akan datang.

“Kita telah mengembali­kan SUKSAR dengan harapan yang begitu tinggi sekali agar sukan ini dapat membuahkan wakil-wakil yang akan mewakili Sarawak pada SUKMA dan sukan-sukan di peringkat antarabang­sa.

“Bukan satu rahsia lagi, Sarawak mahu mengembali­kan kegemilang­an sebagai kuasa sukan di Malaysia,” katanya berucap mewakili Ketua Menteri Datuk tuk P a t i n g g i Abang Johari Tun A b a n g O p e n g merasmi- kan pembuu kaan SUK- SAR I Kuching ching 2017 di Stadium Tertutup, P Petra t J Jaya semalam.

Menurut Karim, penganjura­n SUKSAR telah membantu menaikkan Sarawak d a l a m arena sukan dan ia d dibuktikan de d dengan kejaya jayaan aa kontinjen negeri i menjuarai SUKMA pad pada 1990, 1992 dan 1994. Sehubungan itu, beliau berharap temasya yang akan berlangsun­g dari 14 hingga 17 Disember itu dapat mencungkil atlet terbaik yang seterusnya membantu mengembali­kan semula kegemilang­an Sarawak dalam SUKMA hingga ke pentas sukan antarabang­sa.

“Kita tidak mahu menjadi kontinjen kedua terbaik di Perak. Kita mahu kontinjen Sarawak kembali dari Perak pada 2018 sebagai juara SUKMA,” katanya penuh se- mangat.

Menjelas lanjut, Karim berkata kerajaan negeri juga telah membelanja­kan banyak wang untuk membina prasarana sukan bertaraf dunia.

“Kerajaan juga telah memperuntu­kkan tambahan sebanyak RM10.9 juta setahun daripada RM3 juta yang diperuntuk­kan kepada kementeria­n untuk pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sukan.

“Usaha yang kita lakukan bukan sahaja untuk menjadi kuasa sukan tetapi kerana Sarawak mahu menarik lebih banyak acara sukan bertaraf dunia diadakan di negeri ini,” katanya.

Tambah beliau, untuk tahun ini sahaja Sarawak telah menjadi tuan rumah kepada 11 acara sukan berstatus antara- bangsa antaranya Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2017, Kejohanan Terjun Dunia FINA 2017 dan Tenis Remaja Antarabang­sa.

“Kita juga berjaya menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Asia Masters pada 2019,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang akan melibatkan lebih 80 negara dari seluruh dunia dan lebih 1,000 atlet para.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Dr Ong Kong Swee.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RASMI: RA Karim bersedia melakukan gimik perasmian SUKSAR sambil disaksikan (dari kanan) Fazzrudin, Snowdan d dan Ong (tiga kiri).
— Gambar Chimon Upon RASMI: RA Karim bersedia melakukan gimik perasmian SUKSAR sambil disaksikan (dari kanan) Fazzrudin, Snowdan d dan Ong (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia