Utusan Borneo (Sarawak)

Haramkan penyertaan atlet terbabit doping, jangan henti anjur temasya

-

KUCHING: Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) harus mengadapta­si pendekatan digunakan penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan hanya mengharamk­an penyertaan atlet yang terbabit dengan isu doping namun tidak menghentik­an penganjura­n temasya berkenaan.

Komen itu disuarakan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan sebagai mengulas tindakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menggugurk­an acara sepak takraw, angkat berat dan taekwondo daripada senarai sukan teras termasuk pada SUKMA 2018 di Perak.

Turut melahirkan rasa kecewa dengan keputusan berkenaan, Snowdan berkata badan induk negara perlu melihat kesan kepada tindakan itu secara menyeluruh.

“Jika masalah ini berlaku di peringkat kebangsaan, janganlah dilibatkan negerinege­ri lain. Ia perlu dilihat secara menyeluruh.

“Saya mengambil contoh, jawatankua­sa penganjur Su- kan Olimpik Musim Sejuk hanya menyekat penyertaan Rusia kerana atlet mereka terbabit dengan isu doping tetapi tidak menghentik­an penganjura­n sukan tersebut.

“Bagaimanap­un, atlet Rusia masih boleh bertanding atas tiket persatuan secara individu dan tidak boleh bertanding atas nama ne- gara.

“Ini sebagai bersikap adil kepada mereka yang tidak terlibat dengan dadah agar mereka dapat mengambil bahagian,” jelas Snowdan semasa hadir menyampaik­an hadiah acara olahraga di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.

Beliau menegaskan bahawa keputusan Khairy itu akan memberi kesan kepada semua negeri yang telah melabur besar membuat persiapan untuk menghadapi SUKMA.

Paling terkesan, atletatlet daripada tiga sukan berkenaan yang telah gigih berlatih demi memastikan mereka terpilih mewakili negeri masing-masing, katanya.

“Mereka sepatutnya hanya menyekat persatuan sukan terbabit yang tidak menunjukka­n prestasi memberangs­angkan tetapi tidak menghentik­an penganjura­nnya pada SUKMA.

“Semua negeri termasuk Sarawak telah membuat persiapan. Kasihan atlet-atlet ini…ia menghancur­kan harapan mereka,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia