Utusan Borneo (Sarawak)

Mujammad Ihsan dinobat Raja Pecut SUKSAR 2017

-

KUCHING: Acara pecut paling awal membuka langkah pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) I Kuching 2017 yang memulakan saingannya semalam.

Dalam acara 100 meter lelaki yang berlangsun­g di Stadium Sarawak, Petra Jaya, atlet kontinjen Zon Selatan, Mujammad Ihsan Wan Hasimi dinobat Raja Pecut SUKSAR selepas meraih emas dengan catatan 11.11 saat.

Dia menewaskan Edward Adau Perit dari Zon Utara (11.24 saat) untuk meraih perak manakala Mohd Norhazim Ahmad dari Zon Selatan berpuas hati dengan meraih gangsa (11.43).

Gelaran Ratu Pecut pula milik Ruby Lee Jia Lu dari Zon Utara dengan menggondol emas (13.10 saat), perak milik pelari Zon Selatan, Myranda Najja Neil Armstrong (13.40 saat) dan Chrisemiln­a Suni dari Zon Selatan di tempat ketiga (13.46 saat).

Sementara itu, Kong Chin Poh dari Zon Barat memas- tikan kalungan emas dalam acara lontar peluru lelaki dengan lontaran sejauh 12.91 meter.

Dia diekori pemenang perak dari Zon Utara, Sim Quan Ying yang mencatat 12.33 meter manakala Jonah Chang Rigan juga dari Zon Barat di kedudukan ketiga dengan 12.18 meter.

Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan hadir menyampaik­an hadiah kepada pemenang ketiga-tiga acara yang berlangsun­g pada sebelah pagi.

Dalam acara baling tukul besi wanita, Michelle Wong Kung Lu dari Zon Barat mengesahka­n emas dengan rekod balingan sejauh 37.40 meter.

Perak dirangkul Sheldon Siek Hui San dari Zon Tengah (29.94) manakala gangsa disambar Michelle Kiu Li Phing (29.31).

Acara 1,500 meter wanita didominasi atlet Zon Utara apabila Jessyca Sayu Sawing memastikan kilauan emas dengan masa 5:45.14 saat.

Perak pula dimenangi Jennifer Sia juga dari Zon Utara dan gangsa milik Maizura Aleyana Muliadi dari Zon Selatan.

Zon Utara turut mengunggul­i acara 1,500 meter lelaki dengan Stephen Ting Pang Yaw meraih emas, perak dan gangsa masing-masing dirangkul atlet Zon Tengah, Hunsan Hasing dan Gerijih Unal.

Hari pertama SUKSAR turut menyaksika­n beberapa acara sukan lain dipertandi­ngkan iaitu acara angkat berat (Stadium Tertutup MBKS), berbasikal (Jalan Matang & Bukit Siol), bola baling (UNIMAS, Kota Samarahan), memanah (Lapang Sasar Memanah, Petra Jaya) muay (Summer Mall, Kota Samarahan), petanque (Arena Petanque Sarawak, Santubong), renang ( Pusat Renang Pandedela Rinong), sepak takraw wanita (Dewan Sepak Takraw Petra Jaya) serta beberapa acara melibatkan atlet orang kurang upaya (OKU).

Setakat jam 6 petang, Zon Utara mendominas­i carta pungutan pingat dengan 10 emas, empat perak dan lima gangsa.

Zon Selatan dengan enam emas, lima perak dan enam gangsa di kedudukan kedua.

Manakala Zon Barat di kedudukan ketiga dengan empat emas, satu perak dan tiga gangsa.

Ini diikuti Zon Tengah dengan satu emas, 10 perak dan tiga gangsa.

 ??  ?? GAGAH: Abdul Karim bersama Teng, Matthew, Stephen dan Zil serta ahli-ahli SASA pada kunjungan hormat bagi memaklumka­n penganjura­n Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018.
GAGAH: Abdul Karim bersama Teng, Matthew, Stephen dan Zil serta ahli-ahli SASA pada kunjungan hormat bagi memaklumka­n penganjura­n Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia