Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Karim puji inisiatif SASA, Premier 101 anjur Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memuji Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) dan Kelab Rekreasi Premier 101 atas inisiatif menganjurk­an Pertanding­an Gusti Lengan Antarabang­sa 2018.

Menurutnya, inisiatif sedemikian wajar dipuji dan disokong memandangk­an ia merupakan acara yang dapat membentuk belia ke arah kehidupan sihat dan terbabit dengan perkara berfaedah.

“Saya bagi pihak kementeria­n dan kerajaan memang menyokong usaha yang dapat menyumbang ke arah kehidupan sihat di kalangan orang ramai,” katanya ketika menerima kunjungan hormat daripada SASA dan Premier 101 di pejabatnya, semalam.

Beliau pada kunjungan itu turut bersetuju menyumbang RM40,000 kepada penganjur pertanding­an yang akan diadakan pada 19 dan 20 Januari 2018 di Premier 101 di sini.

Rombongan itu terdiri daripada Penasihat Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) Datuk Seri Teng Chi Lik, Presiden SASA Matthew Dominic Barin, Timbalanny­a Stephen Kee dan Timbalan Presiden Persatuan Sukan Lengan Malaysia (MyArms) Mohd Zil Fadli.

Setakat ini, SASA dan Premier 101 menerima penyertaan daripada 18 negara dan semua negeri di Malaysia.

Negara tersebut terdiri daripada China, Taiwan, Filipina, Thailand, Australia, New Zealand, Belarus, Rusia, Korea, Amerika Syarikat, Jepun, Vietnam, Syria, Kanada, Indonesia, Brunei, India dan Kazakhstan.

Penganjur menjangkak­an lebih 500 peserta akan beradu tenaga pada pertanding­an ini.

Lapan kategori akan dipertandi­ngkan terdiri daripada Lelaki Senior 85kg ke atas, Lelaki Senior 75-85kg, Lelaki Senior 75kg ke bawah, Lelaki Kidal 80kg ke atas, Lelaki Kidal 80kg ke bawah, Lelaki Senior Amatur 75kg ke atas, Lelaki Senior Amatur 75kg ke bawah dan Wanita Senior Terbuka.

Jumlah keseluruha­n wang tunai untuk dimenangi pada acara berprestij ini ialah RM31,300.

Menyemarak­kan lagi suasana pertanding­an ini, juara dunia gusti lengan daripada Kanada, Devon Larrat bersetuju untuk beraksi di pentas Premier 101.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia