Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Limbang harungi detik mencabar sebelum melancarka­n BK Ba’ Kelalan

-

MENGHARUNG­I tanah lumpur, becak dan berlubang merupakan detik mencabar dalam tempoh enam jam bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Tujuh Limbang ke Ba’ Kelalan, baru-baru ini.

Musim hujan yang melanda sekarang, memburukka­n lagi keadaan di sepanjang jalan tanah tinggi yang bertukar menjadi becak, licin dan berlumpur.

Keperitan itu terpaksa diharungi demi memberi khidmat dan misi murni jabatan itu kepada penduduk di luar bandar tanah tinggi Ba’ Kelalan.

Bertolak jam 7 pagi dengan dua kenderaan bomba dari bandar Lawas dan mengharung­i kesulitan dalam perjalanan, akhirnya rombongan tiba jam 2 petang di Ba’ Kelalan untuk majlis Pelancaran Bomba Komuniti (BK) Ba’ Kelalan melibatkan tiga kampung sekitar Buduk Nur.

Ketua Bomba Zon Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata, program itu melibatkan lima pegawai dari Pejabat Zon Tujuh Limbang serta dua pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Lawas.

Jelasnya penubuhan BK di Ba’ Kelalan amat penting dalam usaha untuk membentuk satu pasukan di setiap kampung yang bergerak secara sukarela dalam membantu anggota bomba menangani kebakaran dan kes kecemasan lain.

“BK mempunyai fungsi penting untuk meningkatk­an keselamata­n dan meningkatk­an tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap bahaya kebakaran yang berlaku di kawasan kita,” ujarnya lagi.

Edmund menambah lagi tujuan penubuhan bomba komuniti merupakan satu jalinan hubungan secara langsung antara bomba dan masyarakat melalui latihan kebakaran.

“Ia juga merupakan satu langkah untuk memendekka­n ‘respon time’ untuk kes kebakaran dan kecemasan lain,” ujarnya lagi.

Antara program yang dijalankan termasuk ceramah Keselamata­n kebakaran, demonstras­i alat pemadam api, penubuhan kelas 3K, pertanding­an mewarna kelab, demonstras­i menyelamat dan dialog bersama penduduk.

Sekitar 100 penduduk hadir pada program yang berlangsun­g selama dua hari itu.

Turut sama ialah Timbalan Penguasa Bomba Limbang Ahmad Naufal Abdullah dan Penolong Penguasa Bomba Azman Ibrahim.

 ??  ?? DEMONSTRAS­I: Naufal mengangkat anggotanya ketika menunjukka­n cara-cara menyelamat­kan mangsa kebakaran kepada penduduk kampung.
DEMONSTRAS­I: Naufal mengangkat anggotanya ketika menunjukka­n cara-cara menyelamat­kan mangsa kebakaran kepada penduduk kampung.
 ??  ?? PERIKSA KENDERAAN: Naufal (kiri) dan Azman berhenti di bahu jalan untuk memeriksa kenderaan.
PERIKSA KENDERAAN: Naufal (kiri) dan Azman berhenti di bahu jalan untuk memeriksa kenderaan.
 ??  ?? BECAK: Anggota bomba sempat merakam keadaan jalan ketika dalam perjalanan ke Ba’ Kelalan.
BECAK: Anggota bomba sempat merakam keadaan jalan ketika dalam perjalanan ke Ba’ Kelalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia