‘ The Shape of Water’ dahului pencalonan Golden Globe
KISAH percintaan dongeng ‘The Shape of Water’ mendahului pencalonan Golden Globe dengan tujuh Isnin lepas apabila Hollywood melancarkan musim anugerah yang dijangka akan dibayangi skandal salah laku seksual yang menyelubungi industri perfileman.
Fantasi tahun 1960-an arahan Guillermo del Toro yang menerima pujian mendapat pencalonan dalam beberapa kategori utama, termasuk drama filem terbaik dan aktres terbaik untuk Sally Hawkins.
‘The Post’ dan ‘Three Billboards outside Ebbing, Missouri’ menyusuli dengan enam pencalonan manakala filem tentang kematangan ‘Lady Bird’ mendapat empat pencalonan.
Pengumuman itu akan memberi dorongan yang dialu-alukan oleh caloncalon menjelang perebutan bagi anugerah Oscar pada Mac tahun depan, dengan pencalonan Screen Actors Guild yang berpengaruh pada hujung minggu ini.
Calon drama filem terbaik lain adalah ‘Call Me By Your Name’, sebuah lagi kisah tentang kematangan, filem aksi Perang Dunia II ‘Dunkirk’, drama media ‘The Post’ dan ‘Three Billboards’.
Anugerah Globe dilihat sebagai peluang untuk Hollywood mempamerkan sikap tidak toleran terhadap salah laku seksual ekoran siri dakwaan yang muncul selepas taikun perfileman Harvey Weinstein dituduh berkelakuan tidak senonoh selama berdekad-dekad yang menjadikannya pemangsa seksual paling besar dalam sejarah pembuatan filem.
The Weinstein Company, yang memecat pengasas bersama itu, tidak pernah dijangka akan menerima pencalonan pada majlis berkenaan – dan ia memang betul.
Bagaimanapun kesan buruk lebih luas mungkin mempunyai kesan seismik ke atas musim anugerah, kerana ramai tokoh berpengaruh lain turut dituduh melakukan kesalahan seksual.
HFPA – yang dipercayai sensitif kepada mesej yang akan disampaikannya – amnya mengelak daripada memberi hadiah bagi kerja Kevin Spacey, Jeffrey Tambor, Louis C.K., Brett Ratner dan ramai pemain besar lain yang dilanda skandal.
Spacey, yang memenangi aktor terbaik pada 2015 untuk ‘House of Cards’, tidak ada peluang untuk mengulanginya ekoran pelbagai dakwaan salah laku dengan lelaki muda.
Namun dakwaan salah laku terhadapnya juga dipercayai menjejaskan peluang rakan-rakannya seperti Robin Wright – program itu dikosongkan pada tahun ini.
‘Transparent’, yang turut mempunyai banyak pencalonan dan satu kemenangan untuk Tambor, mendapati diri dalam keadaan sama apabila ahli HFPA melangkaui komedi tersebut.
Spacey sebelum ini dijangka mengetuai kempen anugerah bagi ‘All the Money in the World’ sebelum Ridley Scott membuat keputusan untuk mengeluarkan aktor itu dari filem terbaharunya.
Penggantinya Christopher Plummer – yang ditambah menerusi penggambaran semula pada minit akhir dalam satu langkah yang luar biasa – menerima pencalonan mengejut bagi aktor pem- bantu terbaik dalam filem.
Sementara itu, HFPA mencalonkan pengarah kegemaran lama yang bebas daripada skandal seperti Scott, Christopher Nolan (‘Dunkirk’) dan Steven Spielberg (‘The Post’).
‘The Post’, yang membela media bebas yang dilihat umum sebagai satu teguran kepada Presiden Donald Trump, adalah pilihan awal untuk memenangi anugerah Oscar.
Filem arahan Martin McDonagh ‘Three Billboards’, yang dibintangi Frances McDormand sebagai seorang ibu yang mahu membalas dendam di atas pencabulan dan pembunuhan anak perempuannya, juga menjadi pilihan ramai sejak dia memenangi anugerah audiens berpengaruh di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September lalu.
‘Coco’, satu gambaran berwarna-warni mengenai Hari Orang Mati di Mexico, dicalonkan dan dijangka calon utama yang selesa bagi filem animasi terbaik – walaupun pengasas bersama Pixar, John Lassiter, baru-baru ini mengakui berkelakuan tidak senonoh terhadap pekerja.
Dari aspek negatif, ‘Dunkirk’ – calon pilihan awal untuk memenangi anugerah Oscar yang sangat disukai kerana sinematografinya yang hebat, jika bukan kerana dialognya yang ceria – mendapat hanya tiga pencalonan sahaja.
‘Call Me By Your Name’ dijangka ramai akan menjadi calon utama, tetapi mengecewakan dengan hanya tiga pencalonan sahaja, bagi drama filem terbaik, aktor utama Timothee Chalamet dan aktor pembantu Armie Hammer.
‘Get Out’ – satu satira mengenai perkauman dan rasa bersalah masyarakat kulit putih kelas pertengahan – memberi impak yang mungkin terbesar dan paling tidak dijangkakan bagi mana-mana filem pada tahun ini tetapi turut mengecewakan, dengan hanya dua pencalo- nan sahaja bagi komedi terbaik dan aktor terbaik untuk Daniel Kaluuya.
Walau bagaimanapun Presiden HFPA dan wartawan India Meher Tatna memuji kepelbagaian calon.
“Saya teruja kerana kita mengiktiraf orang seperti saya yang saya tidak lihat dalam televisyen ketika saya pertama kali datang ke negara ini. Sebagai seorang wartawan, saya sentiasa mencari kepelbagaian dan saya gembira untuk meraikannya,” katanya.
Bagaimanapun segelintir pemerhati anugerah Globe menyatakan dalam media sosial iaitu sementara masyarakat etnik minoriti diwakili dengan baik, pencalonan tiada bagi pembuat filem wanita.
Filem adiwira DC ‘Wonder Woman’ mungkin penolakan paling kontroversi, langsung tidak mendapat sebarang pencalonan, yang mencetuskan kemarahan peminat.
Filem itu, yang dibintangi Gal Gadot dalam watak tajuk filem, merupakan filem adiwira pimpinan wanita pertama yang diarahkan oleh seorang wanita (Patty Jenkins) dan dipilih dalam 10 filem terbaik pada tahun ini oleh Institut Filem Amerika.
“Maaf Golden Globes, tetapi Wonder Woman adalah filem yang lebih bagus berbanding Dunkirk,” tweet seorang peminat yang kecewa.
Dalam kategori televisyen, drama HBO ‘Big Little Lies’ – yang sudah memenangi beberapa anugerah Emmy – mendahului dengan enam pencalonan.
Siri antologi FX ‘Feud: Bette and Joan’ mengikuti rapat dengan empat pencalonan, manakala ‘Fargo’, ‘The Handmaid’s Tale’ dan ‘This is Us’ masing-masing mendapat tiga.
Anugerah Golden Globe Ke-75 akan berlangsung di Beverly Hills pada 7 Januari, dengan pengacara talk show Seth Meyers presenting. — AFP