Utusan Borneo (Sarawak)

India raikan perkahwina­n ‘diraja’ Kohli-Sharma

-

PENGANTIN lelaki adalah ‘raja’ kriket India manakala pengantin perempuan pula adalah seorang aktres Bollywood yang glamor dan bekas model.

Pasangan pengantin baharu Virat Kohli dan Anushka Sharma merupakan kerabat diraja selebriti dan India seronok sakan dengan perkahwina­n mereka.

“Officially India’s First Couple” (Rasmi Pasangan Pertama India), laung muka depan tabloid Mid-Day di Mumbai pada Selasa lepas – sehari selepas pasangan itu mengikat tali perkahwina­n di satu majlis tertutup di Tuscany, Itali.

“Lontaran bersih!” kata tajuk berita utama akhbar Mumbai Mirror, satu daripada beberapa buah akhbar yang melaporkan berita yang dinantinan­tikan itu menggunaka­n tema kriket. Satu lagi penerbitan mendoakan mereka yang terbaik dalam “inning baharu” mereka.

Kohli dan Sharma, digelar ‘Virushka’ oleh media tempatan, telah menjana keterujaan dan liputan sama di India seperti apa yang dilakukan oleh Putera Harry dari Britain dan tunang baginda Meghan Markle di dunia Barat.

Kedua-duanya berusia 29 tahun, Kohli merupakan kapten kriket India dan salah seorang atlet dengan pendapatan tertinggi di dunia, manakala Sharma adalah seorang bintang filem Hindi yang pernah memenangi anugerah dengan filem-filem termasuk dua filem hit ‘Sultan’ dan ‘PK’.

“Kita tidak ada kombinasi yang lebih penuh dengan tenaga berbanding ini di Bollywood atau dunia kriket. Mereka boleh dipanggil kerabat diraja zaman baharu,” kata seorang eksekutif pemasaran Indranil Das Blah kepada AFP.

Perkahwina­n Isnin lepas menamatkan spekulasi selama berminggum­inggu dalam halaman gosip akhbar di India dan di gelombang udara saluran berita 24 jam yang mengujakan di negara itu bahawa pasangan itu telah bertunang baru-baru ini.

Namun sementara ucapan tahniah mencurah masuk dari Bollywood dan bintang kriket, beberapa pakar astrologi yang pesimis di India – di mana ramai mempunyai kepercayaa­n tahyul – menyampaik­an kod berlainan dengan memberi sedikit amaran.

“Sementara semuanya kelihatan sempurna dalam perkahwina­n kisah paripari mereka, ia mungkin bukan satu pelayaran yang sangat lancar bersama bagi mereka pada tahuntahun mendatang, ramal pakar astrologi,” kata satu artikel beralamat buruk dalam akhbar Mail Today.

Mail Today seterusnya menyatakan pakar astrologi bimbang “keadaan tidak harmoni” dan “pertikaian” akan berlaku dalam rumah tangga mereka jika mereka tidak dapat “memelihara imbangan di antara kehidupan peribadi dan profesiona­l mereka”. - Berbulan madu di Afrika Selatan -

Kohli dan Sharma mula menjalin hubungan pada 2013 selepas mereka berkenalan sewaktu membuat penggambar­an bagi satu iklan syampu, dan membuat penampilan terbuka pertama mereka setahun kemudian di satu perlawanan bola sepak.

Akhbar India begitu taksub dengan hubungan mereka selama empat tahun – termasuk perpisahan yang dilaporkan pada awal 2016 – dan khabar angin mengenai perkahwina­n yang akan berlaku meningkat baru-baru ini apabila mereka samasama muncul dalam satu iklan perkahwina­n.

Spekulasi kemudian mencapai kemuncakny­a apabila Kohli menarik diri daripada perlawanan ‘limited-over’ India menentang Sri Lanka, dan Sharma berundur daripada jadual lakonannya yang sibuk pada Disember sebelum dikesan di lapangan terbang antarabang­sa Mumbai bersama keluargany­a.

Pasangan itu akan mengadakan majlis jamuan di New Delhi untuk saudara-mara pada 21 Disember, diikuti perayaan di Mumbai pada 26 Disember yang akan dihadiri pemain kriket dan bintang Bollywood.

Mereka seterusnya akan berbulan-madu di Afrika Selatan sebelum mereka berumah di Mumbai, tempat kelahiran industri perfileman Hindi bernilai berbilion dolar di India.

Perkahwina­n mereka adalah yang terbaharu dalam beberapa perkahwina­n di antara pemain kriket dan bintang filem di India selama ini, daripada bekas kapten India Mansur Ali Khan Pataudi dan aktres Sharmila Tagore hingga kepada perkahwina­n Zaheer Khan-Sagarika Ghatge baru-baru ini.

Walau bagaimanap­un tiada mempunyai tarikan bintang seperti “Virushka”.

“Nilai jenama mereka pasti akan melonjak. Syarikat akan membayar premium untuk menandatan­gani mereka kerana ia adalah satu hubungan yang satu-satu seumpamany­a,” kata Blah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERKAHWIN: Gambar yang dikeluarka­n oleh Yash Raj Films menunjukan pemain kriket India Virat Kohli dan aktres Bollywood Anushka Sharma semasa melangsung­kan majlis perkahwina­n mereka di Buoncovent­o dekat Siena pada 11 Disember 2017 lepas.
— Gambar AFP BERKAHWIN: Gambar yang dikeluarka­n oleh Yash Raj Films menunjukan pemain kriket India Virat Kohli dan aktres Bollywood Anushka Sharma semasa melangsung­kan majlis perkahwina­n mereka di Buoncovent­o dekat Siena pada 11 Disember 2017 lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia