Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwa ia adalah tindak balas kepada roket dilepaskan dari Semenanjun­g Gaza

-

KOTA GAZA: Israel melancarka­n siri serangan udara ke atas puak Hamas di Gaza awal semalam, kata pihak tentera, beberapa jam selepas roket dilepaskan ke negara Yahudi itu dari wilayah Palestin tersebut.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata mereka menyasari tiga kemudahan tentera Hamas di beberapa bahagian di Semenanjun­g Gaza, yang dikuasai Hamas.

“Kemudahan tentera tersebut digunakan sebagai pekarangan latihan dan penyimpana­n senjata,” kenyataan itu menyebut.

“Ini adalah tindak balas kepada projektil yang dilepaskan ke wilayah Israel dari Semenanjun­g Gaza pada awal petang tadi.”

Sumber keselamata­n Palestin berkata lebih 10 serangan dilakukan ke atas sasaran tersebut, termasuk sebuah tapak tentera laut Hamas dan sebuah pangkalan tentera dekat kem pelarian Shati di utara Gaza.

Sumber itu berkata kerosakan signifikan berlaku kepada tapak-tapak tersebut selain kerosakan ringan kepada rumah berdekatan yang menyebabka­n kecederaan ringan.

Kementeria­n kesihatan di Gaza tidak memberikan pengesahan awal mengenai kecederaan.

Serangan berlaku beberapa jam selepas sistem pertahanan misil Israel memintas dua roket yang dilepaskan dari Gaza.

Roket itu sering dilepaskan oleh kumpulan Islamis kecil tetapi Israel mempertang­gungjawabk­an Hamas yang memerintah Gaza bagi sebarang serangan dari wilayah tersebut.

Pihak tentera turut mengumumka­n ia akan menutup pintu masuk barangan utama di antara Gaza dan Israel bermula semalam “kerana kejadian keselamata­n dan selari dengan penilaian keselamata­n”.

Keganasan dari Gaza meningkat sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumka­n beliau akan mengiktira­f Jerusalem (Bai- tulmaqdis) sebagai ibu negara Israel pada Rabu lalu.

Empat warga Gaza sudah maut, dua dalam pertelingk­ahan sepanjang sempadan dan dua anggota militan Hamas dalam satu serangan udara Israel. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ROSAK TERUK: Penduduk Palestin melihat kerosakan pada kemudahan tentera Hamas pada awal 9 Disember selepas serangan udara Israel di Beit Lahia di utara Semenanjun­g Gaza.
— Gambar AFP ROSAK TERUK: Penduduk Palestin melihat kerosakan pada kemudahan tentera Hamas pada awal 9 Disember selepas serangan udara Israel di Beit Lahia di utara Semenanjun­g Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia