Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah kekalkan penjara 30 tahun wanita keguguran kandungan

-

SAN SALVADOR: Mahkamah di San Salvador kelmarin mengekalka­n hukuman penjara selama 30 tahun yang dijalani seorang wanita selepas keguguran kandungann­ya pada 2007 didakwa sebagai pembunuhan di bawah undang- undang antipenggu­guran kejam yang mencetuska­n kemarahan kumpulan hak asasi manusia.

Tribunal San Salvador tersebut menolak rayuan yang difailkan oleh Teodora Vasquez, 34, yang sudah menghabisk­an sedekad dalam penjara.

“Tribunal mencapai kesimpulan bahawa hukuman penjara terhadap Teodora Vasquez harus disahkan,” kata salah seorang hakim.

Rayuan Vasquez disokong oleh kumpulan hak asasi manusia termasuk Amnesty Internatio­nal, yang menganggap larangan ke atas semua penggugura­n – tanpa sebarang pengecuali­an – di El Salvador sebagai tidak berhati perut.

Keputusan mahkamah itu “adalah satu langkah ke belakang yang melampau bagi keadilan”, Amnesty menyebut dalam satu kenyataan.

“Kisah tragis Teodora adalah satu ilustrasi menyedihka­n bagi segalanya yang salah dengan sistem keadilan di El Salvador, di mana hak manusia dilihat sebagai satu konsep asing,” kata pengarah Amnesty di benua Amerika, Erika GuevaraRos­as.

Dia menyeru agar undangunda­ng antipenggu­guran di El Salvador dimansuhka­n.

Pusat bagi Hak Reprodukti­f Amerika Syarikat turut membidas keputusan itu.

“Mahkamah El Salvador mengekalka­n pendakwaan jenayah ke atas wanita yang mengalami kerumitan ketika hamil – menafikan maruah, kebebasan dan hak kepada wanita,” katanya.

Vasquez merupakan se- orang daripada 27 wanita yang kini dipenjara di negara kecil Amerika Tengah itu kerana melanggar undang-undang menentang penggugura­n.

Pada minggu lepas, ketika prosiding bermula, Vasquez – seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang dilahirkan terdahulu – merayu untuk dibebaskan, dan berkata: “Saya menanggung akibat bagi jenayah yang saya tidak pernah lakukan.”

Dia mengalami kematian bayi dalam kandungan pada Julai 2007, pada bulan ke- sembilan kehamilan, ketika di sekolah di mana dia bekerja. Dia cuba menghubung­i ahli paramedik, tetapi siasia, sebelum dia rebah dan pengsan.

Polis menuduhnya sengaja menyebabka­n keguguran itu, dan pada Januari 2008 dia disabit kesalahan dan dihukum kerana melakukan pembunuhan.

Di bawah undang-undang yang berkuat kuasa pada 1998, semua penggugura­n menyalahi undang-undang di El Salvador, tidak kira sama ada kehamilan disebabkan oleh perogolan atau menimbulka­n ancaman perubatan kepada wanita itu.

Tempoh hukuman penjara bagi penggugura­n adalah daripada dua hingga lapan tahun, tetapi wanita terbabit boleh juga didakwa atas jenayah lebih serius, seperti dalam kes Vasquez.

Peguam belanya berkata perbicaraa­n asalnya mempunyai “kesilapan ketara” – termasuk punca kematian bayi yang dikemukaka­n di mahkamah sebagai mati lemas sedangkan bedah siasat mendapati ia adalah kelemasan.

Kekejaman undang- undang antipenggu­guran di El Salvador diketengah­kan pada 2013 apabila seorang wanita berusia 22 tahun yang mengandung bayi tidak dapat hidup dengan otak tidak berkembang hanya dibenarkan untuk menjalani pembedahan perut tempoh awal selepas Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika campur tangan.

Kongres El Salvador sudah setahun mengkaji cadangan untuk tidak menjadikan penggugura­n sebagai jenayah dalam kes rogol, risiko kepada nyawa si ibu, atau di mana janin kemungkina­n besar tidak dapat hidup – tetapi belum ada keputusan dibuat mengenai sebarang perubahan. — AFP MONTREAL: Menteri buruh Quebec kelmarin meminta siasatan dijalankan ke atas laporan yang mendakwa wanita dilarang daripada bekerja di tapak pembinaan kerja raya dekat masjid Montreal pada hari Jumaat, hari masyarakat Muslim sembahyang berjemaah.

Dominique Vien meminta Suruhanjay­a Pembinaan di wilayah itu untuk membuka siasatan ekoran kenyataan daripada pegawai di dua syarikat kerja raya mengenai pengecuali­an tiga wanita dari sebuah tapak kerja dekat sebuah masjid di Montreal.

Seorang jurucakap bagi salah sebuah masjid terbabit menafikan membuat sebarang permintaan sedemikian dan berkata dia hanya menyedari tentang perkara itu menerusi media.

Berita TVA melaporkan Selasa lepas bahawa pegawai dari dua masjid meminta seorang pengurus dari salah sebuah syarikat terbabit untuk menghentik­an kerja pembinaan pada hari Jumaat.

Apabila kontraktor itu enggan, mereka dilaporkan mendapatka­n larangan ke atas pekerja wanita bekerja pada Jumaat. Permintaan itu, jika disahkan, “tidak dapat diterima sama sekali”, kata Vien di satu sidang akhbar.

“Kesamarata­an antara lelaki dan wanita adalah satu hak asasi,” kata Vien.

“Hak untuk bekerja adalah satu hak di Quebec dan wanita dapat bekerja di mana sahaja mereka mahu.”

Moayed Altalibi, yang bercakap untuk Masjid Ahl-ill Bait – yang berdepan dengan salah sebuah tapak pembinaan – menafikan membuat permintaan sedemikian.

Masjid itu “mempunyai hubungan baik dengan kontraktor sejak permulaan projek”, Altalibi menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah mereka “terkejut dan hairan” dengan laporan TVA.

Pegawai masjid “tidak pernah meminta sesiapa dikecualik­an. Permintaan ini, jika ia wujud, tidak datang dari organisasi kami.”

Kenyataan dalam laporan TVA “bukan sahaja palsu, tetapi mendorong kesinisan dan menjejaska­n seluruh masyarakat”, kenyataan itu menyebut.

Pada Oktober lalu Dewan Negara Quebec meluluskan undang- undang mengenai keneutrala­n agama yang melarang pegawai atau sesiapa yang menerima khidmat awam daripada menutup wajah mereka.

Pengkritik mendakwa langkah itu meminggirk­an wanita Muslim konservati­f dengan membataska­n akses mereka kepada perkhidmat­an dan pekerjaan kerajaan. Undangunda­ng itu sedang dicabar di mahkamah. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? HUKUMAN KEKAL: Vasquez tiba untuk pendengara­n semula hukumannya di mahkamah keadilan di San Salvador, El Salvador kelmarin.
— Gambar Reuters HUKUMAN KEKAL: Vasquez tiba untuk pendengara­n semula hukumannya di mahkamah keadilan di San Salvador, El Salvador kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia