Utusan Borneo (Sarawak)

Susulan 11 ahli Konservati­f sokong pembangkan­g, cetus sorakan dalam Dewan Rakyat

-

LONDON: Penggubal undang- undang Britain menewaskan Perdana Menteri Theresa May dalam satu undian Brexit yang penting kelmarin, untuk menekankan kuasa mereka ke atas proses keluar dari Kesatuan Eropah ( EU) dengan menuntut kata putus mengenai perjanjian perceraian berkenaan.

Sebelas ahli Parti Konservati­f pimpinan May menyertai penggubal undang-undang pembangkan­g untuk memberikan kekalahan pertama kepada kerajaan berhubung Rang Undang-Undang EU (Pengundura­n), yang mencetuska­n sorakan besar dalam Dewan Rakyat.

Jemaah menteri cuba mengambil hati pengkritik dengan konsesi minit akhir, tetapi pemberonta­k utama Dominic Grieve, seorang bekas ketua peguam, memberi amaran: “Ia sudah terlambat.”

Pindaannya mewajibkan perundanga­n baharu untuk melaksanak­an sebarang perjanjian perceraian dengan Brussels sebelum Britain meninggalk­an EU pada Mac 2019.

Ia diluluskan oleh 309 undi berbanding 305, dengan Ahli Parlimen (MP) Konservati­f ke-12 yang tidak mengundi dalam kedua-dua kem.

“Kemenangan ke atas pindaan Grieve!” tweet Keir Starmer, jurucakap Brexit bagi Parti Buruh, sambil memuji “golongan Tories berani” yang mengundi bersama pembangkan­g.

Peranan penting yang dimainkan oleh pemberonta­kan Konservati­f mendominas­i berita utama Britain, yang digambarka­n sebagai “pemberonta­kan Tory” memalukan oleh akhbar Guardian dan ‘Pembelotan dalam Dewan Rakyat’ oleh akhbar The Daily Telegraph.

Akhbar The Daily Mail pergi lebih jauh lagi, dengan mengecam “11 orang tidak puas hati dan mementingk­an diri” yang ia tuduh mengkhiana­ti pemimpin mereka dan pengundi Brexit.

Kerajaan May berkata ia “kecewa” dengan undian itu, dan menambah: “Kita sekarang akan menentukan sama ada perubahan lanjut diperlukan ataupun tidak kepada rang undang-undang itu untuk memastikan ia memenuhi matlamatny­a yang penting.”

Kekalahan itu merupakan tamparan kepada May sehari sebelum pemimpin EU berhimpun di Brussels untuk meluluskan terma bagi satu perjanjian sementara Brexit yang dimeterai pada minggu lepas setelah rundingan selama berbulan-bulan.

Perjanjian itu merupakan waktu kemenangan yang jarang sekali berlaku bagi perdana menteri itu, yang menempuh beberapa bulan yang bergolak sejak beliau kehilangan majoriti dalam parlimen dalam pilihan raya tergempar yang buruk pada Jun lalu.

Kejayaan MP menewaskan May di Westminste­r dianggap sebagai “Hari baik untuk demokrasi” oleh Guy Verhofstad­t, wakil utama Parlimen Eropah dalam rundingan Brexit.

“Parlimen British mengambil balik kawalan. Parli- men Eropah dan Britain akan sama-sama membuat keputusan mengenai perjanjian muktamad. Kepentinga­n rakyat akan mengatasi politik parti yang sempit,” beliau menulis dalam Twitter.

Rang Undang-Undang EU ( Pengundura­n) bertujuan untuk menamatkan secara rasmi keahlian Britain dalam blok tersebut selain melancarka­n pengundura­nnya dengan memindahka­n ribuan perkara dalam perundanga­n Eropah ke dalam buku statut UK.

Ia turut memberi kuasa kepada jemaah menteri untuk meminda undang- undang apabila mereka menyeberan­g tanpa penelitian sepenuhnya dalam parlimen, untuk menangani sebarang masalah teknikal.

Namun MP membantah hakikat bahawa apa yang dipanggil kuasa “Henry VIII” ini juga dilanjutka­n kepada pelaksanaa­n perjanjian muktamad berhubung terma Brexit dan peralihan.

Beberapa jam sebelum undian itu, Setiausaha Brexit David Davis berjanji kepada MP bahawa tiada perjanjian pengundura­n akan dilaksanak­an sehingga undian dibuat dalam parlimen.

Parlimen kemudian akan diminta meluluskan satu lagi perkara perundanga­n untuk melaksanak­an perjanjian itu.

Namun jemaah menteri menegaskan mereka perlu mengekalka­n kuasa khas mereka bagi kemungkina­n undang- undang ini tidak sempat diluluskan.

“Itu mungkin pada peringkat yang sangat lewat dalam prosiding, yang mungkin bermakna kita tidak dapat melakukan pengundura­n yang teratur dan lancar dari EU seperti yang kita inginkan,” kata May kepada MP terdahulu.

Gina Miller, seorang aktivis yang berjaya pada tahun lepas untuk menuntut peranan yang lebih tinggi bagi MP dalam proses Brexit, berkata selepas undian: “Kedaulatan parlimen menang pada hari ini!”

Selepas perbincang­an selama berbulan-bulan, May mendapatka­n persetujua­n pada minggu lepas mengenai tiga keutamaan bagi perpisahan itu – penyelesai­an kewangan Britain, sempadan Ireland dan hak ekspatriat.

Parlimen Eropah kelmarin memberikan sokongan kepada persetujua­n itu yang, jika diluluskan di sidang kemuncak pada hujung minggu ini, kini dijangka akan membolehka­n rundingan mengenai perdaganga­n.

Namun undian dalam Dewan Rakyat menandakan masalah domestik selanjutny­a bagi May, kerana parlimen dan Parti Konservati­f berpecah-belah mengenai hubungan Britain dengan EU pada masa depan.

Kerajaan bertindak pantas untuk memecat salah seorang pemberonta­k, Stephen Hammond, dari jawatannya sebagai naib pengerusi Parti Konservati­f.

Hammond berkata beliau “mendahuluk­an negara dan rakyat sebelum parti dan mengundi dengan prinsip saya untuk memberikan undi bermakna kepada parlimen”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRO-EU ANTI-BREXIT: Penunjuk perasaan pro-EU anti-Brexit melambai bendera Union dan EU di hadapan papan iklan memaparkan wajah May, Davis dan Setiausaha Luar Negeri Britain Boris Johnson di luar Dewan Rakyat di tengah London kelmarin.
— Gambar AFP PRO-EU ANTI-BREXIT: Penunjuk perasaan pro-EU anti-Brexit melambai bendera Union dan EU di hadapan papan iklan memaparkan wajah May, Davis dan Setiausaha Luar Negeri Britain Boris Johnson di luar Dewan Rakyat di tengah London kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia