Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat kecil terhempas di barat Kanada, tiada kematian: Polis

-

MONTREAL: Sebuah pesawat kecil yang membawa 25 orang terhempas selepas ia berlepas kelmarin di wilayah Saskatchew­an, barat Kanada, menyebabka­n pelbagai kecederaan tetapi tiada kematian, kata polis.

Pesawat West Wind Aviation ATR-42 itu terhempas kira-kira satu kilometer dari lapangan terbang Fond-duLac sekitar jam 6.15 petang waktu tempatan, kata pihak Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP).

“Kesemua 22 penumpang dan tiga anggota kru sudah diambil kira dan dikeluarka­n dari tempat kejadian nahas tanpa sebarang kematian dilaporkan,” tambah RCMP.

“Beberapa orang telah mengalami kecederaan; ada yang cukup serius untuk memerlukan khidmat ambulans udara yang kini dalam perjalanan.”

Tiada letupan atau kebakaran berlaku ketika pesawat turboprop itu terhempas, kata polis.

Tiada maklumat segera diterima mengenai punca nahas itu. Lembaga Keselamata­n Pengangkut­an Kanada berkata ia sedang menghantar sebuah pasukan untuk melakukan siasatan.

Imej yang dipaparkan dalam media sosial menunjukka­n pesawat itu terhempas dalam sebuah hutan. Sayap sempurna yang bersambung pada badan pesawat dapat dilihat.

Pesawat itu dalam penerbanga­n ke Stony Rapids, sebuah lagi lapangan terbang kecil di wilayah berkenaan.

ATR merupakan sebuah konsortium Eropah yang berpangkal­an di Toulouse, Perancis, yang memberi tumpuan khusus kepada pesawat turboprop tempatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia