Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan udara AS bunuh 23 orang awam di Syria

-

BEIRUT: Serangan udara oleh perikatan Amerika Syarikat (AS) mengorbank­an 23 orang awam kelmarin di sebuah kampung yang dikuasai kumpulan Negara Islam (IS) di wilayah Deir Ezzor, timur Syria, kata sebuah badan pemantau.

“Sekurang-kurangnya 23 orang awam, termasuk lapan kanak-kanak dan enam wanita, maut Rabu sebelum subuh dalam serangan udara yang dilancarka­n oleh perikatan AS, yang menyasari sebuah kampung yang dikuasai IS di tebing timur Sungai Euphrates,” kata Observator­i Hak Asasi Manusia Syria di Britain.

Observator­i itu, yang mengumpul laporan saksi dari lapangan, berkata orang awam terbabit bersembuny­i di dalam sebuah rumah dan semuanya merupakan anggota keluarga besar yang sama.

Tentera yang disokong oleh AS kini sedang berjuang untuk menawan kawasan terakhir di wilayah yang dikuasai IS dalam kawasan berkenaan dan Selasa lepas menawan semula sebuah kampung bersebelah­an kampung yang diserang, kata badan pemantau itu.

Seorang jurucakap tentera AS berkata penilaian terperinci ke atas dakwaan tentang kematian orang awam akan dibuat tetapi berkata perikatan menyerang “hanya sasaran tentera yang sah sahaja”.

“Kami mengguna- pakai standard ketat kepada proses penyasaran kami dan mengambil langkah luar biasa untuk melindungi orang bukan tentera,” Kolonel Ryan Dillon dari Tentera AS menyebut dalam satu e-mel.

Pada awal kelmarin, seorang jurucakap bagi perikatan itu berkata pejuang dengan sokonganny­a membersihk­an enam kilometer wilayah di sepanjang tebing timur Sungai Euphrates sejak sehari lalu.

“ISIS lemah tetapi masih satu ancaman – pengganas yang menyorok di Lembah Tengah Sungai Euphrates,” tulis jurucakap Ryan Dillon dalam Twitter, menggunaka­n satu lagi akronim untuk IS.

Kumpulan pelampau itu sudah kehilangan sebahagian besar wilayah yang ditawannya di Syria dan Iraq pada 2014 selepas siri operasi serangan yang memenatkan.

Kerajaan Iraq dan Rusia, yang menyokong tentera pemimpin Syria, Bashar al- Assad, sudah mengisytih­arkan kemenangan ke atas puak pelampau itu.

Perikatan AS mengakui tanpa sengaja membunuh 801 orang awam dalam lebih 28,000 serangan udara yang ia jalankan di Syria dan Iraq sejak penubuhann­ya pada 2014.

Kumpulan pemantau Airwars menegaskan jumlah itu jauh rendah berbanding bilangan mangsa awam sebenar dalam kempen serangan bom itu, dan menganggar­kan hampir 6,000 nyawa orang tidak bersalah telah diragut. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKIBAT BOM: Kaki palsu dilihat di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara di kawasan dikuasai pemberonta­k di bandar Deraa, Syria pada Selasa lalu.
— Gambar Reuters AKIBAT BOM: Kaki palsu dilihat di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara di kawasan dikuasai pemberonta­k di bandar Deraa, Syria pada Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia