Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Indonesia tolak jadikan hubungan seks luar nikah satu jenayah

-

JAKARTA: Satu usaha untuk menjadikan semua hubungan seks luar nikah salah di sisi undang-undang telah ditolak oleh mahkamah Indonesia semalam, tatkala kebimbanga­n meningkat berhubung sikap tidak toleransi yang semakin berleluasa di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu.

Lima daripada sembilan hakim di Mahkamah Perlembaga­an di ibu negara Jakarta menolak dengan tipis usaha untuk menjadikan hubungan luar nikah satu jenayah.

Jika diluluskan, petisyen itu menjejas golongan heteroseks yang tidak berkahwin dan golongan gay, yang tidak dapat berkahwin di Indonesia – beberapa bulan selepas penangkapa­n sekumpulan lelaki yang dituduh mengadakan “parti gay”.

Mahkamah mendengar semakan semula kehakiman yang difailkan oleh kumpulan aktivis Islam, Pakatan Cinta Keluarga, yang cuba mengubah kanun jenayah.

“Rayuan itu ditolak sepenuhnya,” kata Ketua Hakim Mahkamah Perlembaga­an, Arief Hidayat.

Di bawah undang-undang sekarang, seks hanya menyalahi undang-undang di Indonesia bagi golongan homoseks dan heteroseks jika ia melibatkan orang bawah umur.

Bagaimanap­un seks gay menyalahi undang-undang di wilayah konservati­f Aceh, yang menegakkan undangunda­ng syariah. Di bawah undang-undang tempatan yang berkuat kuasa pada 2015, orang juga boleh dihukum kerana melakukan seks sejenis (gay) sebanyak 100 sebatan dengan rotan.

Aceh, di Pulau Sumatera, mula melaksanak­an undang-undang Islam selepas diberi autonomi khas pada 2001, satu cubaan oleh kerajaan pusat untuk mematahkan pemberonta­kan pemisah yang sudah lama berlarutan.

Tindak balas berlaku ke atas komuniti LGBT di negara itu pada tahun lepas apabila menteri kerajaan secara terbuka membuat kenyataan antigay.

Pada Mei lalu, polis menangkap sekumpulan lelaki yang mengadakan parti dalam dua bilik hotel di Surabaya, bandar raya kedua terbesar di Indonesia.

Beberapa lelaki tersebut menonton pornografi gay dan melakukan “perbuatan seks yang terpesong”, kata polis ketika itu.

Pihak berkuasa menamakan lapan lelaki itu sebagai suspek dan memfailkan dakwaan awal terhadap mereka di bawah undangunda­ng antipornog­rafi yang ketat di Indonesia, yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama bertahun-tahun.

Juga pada tahun ini, dua lelaki yang melakukan hubungan seks ditangkap oleh sekumpulan pengawal sukarela yang menyerbu sebuah rumah sewa di Aceh.

Indonesia sering dipuji kerana pegangan Islamnya yang sederhana dan inklusif, dan perlembaga­an menjamin kebebasan beribadat bagi enam agama.

Bagaimanap­un, masyarakat agama minoriti yang agak besar di kepulauan yang pelbagai itu – terutama orang Kristian dan minoriti Muslim Syiah dan Ahmadi – semakin kerap disasari sejak beberapa tahun lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia