Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI sasar produk kunyit hitam tembusi Asia Barat, jualan RM10 juta

-

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarka­n produk makanan tambahan terbaharun­ya, Black G Nutrima menembusi pasaran Asia Barat dan menjana potensi jualan RM10 juta menjelang pertengaha­n 2018.

Ketua Pengarahny­a, Dr Mohamad Roff Mohd Nor berkata tumpuan pasaran MARDI adalah Arab Saudi dan merancang untuk memasuki rantau itu menerusi Dubai.

“Potensi pasaran (produk) makanan tambahan di Asia Barat adalah amat besar dan turut mencatat pertumbuha­n dua angka.

“Kita mesti memasuki pasaran Asia Barat kerana produk- produk halal dan herba Malaysia sudah terkenal di sana dan tiada masalah untuk menembusi pasaran rantau itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran produk itu yang disempurna­kan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, di sini, kelmarin.

Produk Black G Nutrima dihasilkan MARDI menerusi kerjasama dengan Black G Sdn Bhd dan mengandung­i ekstrak kunyit hitam dengan methoxyfla­vone yang tinggi serta banyak khasiat kesihatan.

Ia dijual dalam empat varian iaitu berasaskan terapi Black G Health Theraphy, Black G Energy Booster ( tenaga), Black G Coffee Premix (kopi campuran) dan ekstrak asli, Black G Pure Extract.

Mohamad Roff berkata Black G Nutrima itu turut menerima sambutan amat menggalakk­an daripada pembeli tempatan dan antarabang­sa selepas diperkenal­kan pada bulan lepas.

Malah, MARDI turut menerima tempahan produk itu bernilai RM5.2 juta dari China bagi penghantar­an tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia