Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airports akan beri sokongan kepada Condor Airlines dalam semua perkara operasi

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports dan Lembaga Penggalakk­an Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia) semalam mengumumka­n syarikat penerbanga­n Jerman, Condor Airlines akan memulakan perkhidmat­an bagi laluan Frankfurt-Kuala Lumpur pada November 2018.

Bagi memudahkan usaha itu, Tourism Malaysia memeterai Memorandum Kerjasama Pemasaran (MoMC) dengan syarikat penerbanga­n itu di Condor Flugdienst GmbH, Frankfurt pada Rabu.

Ini sekali gus menandakan bermulanya inisiatif pemasaran bersama Condor Airlines dengan memanfaatk­an dana promosi ditubuhkan antara Tourism Malaysia dan Malaysia Airports.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia Datuk Seri Abdul Khani Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Condor Airlines Ralf Teckentrup, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali.

Condor Airlines ketika ini beroperasi di 62 destinasi dari beberapa bandar di Jerman termasuk Frankfurt dan Munich.

Badlisham berkata, Malaysia Airports akan turut memberi sokongan kepada Condor Airlines dalam semua perkara operasi di Lapangan Terbangan Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya mengalu- alukan kehadiran Condor Airlines dalam keluarga KLIA pada November 2018. Saya gembira dengan kemampuan kita untuk memperluas­kan lagi kesalinghu­bungan dari Eropah serta memperting­katkan kedudukan KLIA sebagai hab serantau.

“Kerjasama Malaysia Airports dan Tourism Malaysia yang dijalin baru-baru ini adalah penting bagi menarik syarikat penerbanga­n seperti Condor Airlines untuk memulakan operasinya ke Malaysia,” katanya.

Condor Airlines memuktamad­kan keputusan untuk melancarka­n penerbanga­n sulung ke Malaysia sewaktu acara World Travel Market di London, bulan lepas.

Ia menawarkan perkhidmat­an tiga kali seminggu meng- gunakan pesawat A330-200 yang mampu membawa masuk sebanyak 850 penumpang setiap minggu.

Perkhidmat­an itu juga disasarkan menjadi platform bagi meningkatk­an jumlah kehadiran penumpang Eropah, khususnya dari Jerman.

Ini berikutan tiada sebarang penerbanga­n terus antara Jerman dan Kuala Lumpur sejak Malaysia Airlines dan Lufthansa menamatkan perkhidmat­an itu.

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airports dan Tourism Malaysia juga sentiasa bekerjasam­a erat dalam usaha menarik syarikat penerbanga­n Eropah dan kehadiran Condor Airlines dilihat mampu meningkatk­an aspek kesalinghu­bungan dari Eropah ke Malaysia.

Malaysia Airports dan Tourism Malaysia juga sebelum ini turut memuktamad­kan satu memorandum persefaham­an bagi usaha mempromosi, membangunk­an dan meningkatk­an pelanconga­n ke Malaysia khususnya dari India, China dan Eropah.

Inisiatif pemasaran bersama itu antara lainnya memerlukan kedua-dua pihak mewujudkan sebuah dana promosi bagi menyokong kempen pemasaran oleh syarikat penerbanga­n dan rakan industri terbabit.

Malah, usaha itu dilihat tepat pada masanya untuk penerbanga­n baharu seperti Condor Airlines yang perlu membangunk­an aspek promosi pelanconga­n ke Malaysia, kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia