Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport Malaysia ke Thailand JanuariOkt­ober 2017 melonjak 16.4 peratus

-

BANGKOK: Eksport Malaysia ke Thailand daripada Januari hingga Oktober tahun ini melonjak 16.4 peratus kepada RM41.91 bilion berbanding RM32.26 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Kaunselor Perdaganga­n Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) di Thailand, Norman Dzulkarnai­n Mohd Nasri berkata, produk elektrik dan elektronik adalah eksport terbesar Malaysia ke negara berkenaan dengan 32.8 peratus penguasaan pasaran dalam tempoh tersebut, diikuti petroleum mentah, (13.2 peratus).

Kimia dan produk kimia muncul sebagai eksport ketiga terbesar Malaysia ke Thailand dengan 10.6 peratus penguasaan pasaran manakala jentera, peralatan dan komponen menyumbang 6.1 peratus. pembuatan logam ( 4.8 peratus) dan diikuti sektor lain, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Eksport Malaysia ke Thailand tahun lepas berjumlah RM44 bilion.

Norman Dzulkarnai­n ditemui selepas menghadiri sesi perangkaia­n untuk GoEx Misi Pelestaria­n Pasaran Barangan Pengguna Yang Pesat Berkembang di sini yang dirasmikan Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia, Mohd Faizal Razali.

Sembilan syarikat Malaysia terbabit dalam program yang dianjurkan MATRADE tersebut.

Norman Dzulkarnai­n juga berkata, import Malaysia dari Thailand daripada Januari hingga Oktober 2017 meningkat kira-kira 15.7 peratus kepada RM39.92 bilion berbanding RM34.49 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah import Malaysia dari Thailand tahun lalu berjumlah RM42.3 bilion.

Produk elektrik dan elektronik (E&E) kekal sebagai import terbesar Malaysia dari negara itu dengan 28.8 peratus penguasaan pasaran, diikuti peralatan pengangkut­an (13.3 peratus), kimia dan produk kimia (10.3 peratus), jentera, peralatan dan komponen (9.6 peratus) dan getah asli, 7.6 peratus.

“Import itu adalah disebabkan permintaan pasaran daripada syarikat Malaysia dalam sektor E&E dan automotif. Thailand kekal sebagai penggiat penting dalam produk berkaitan E&E dan automotif di rantau ASEAN,” katanya.

Menurutnya, jumlah dagangan antara kedua- dua negara jiran daripada Januari hingga Oktober tahun ini mencatat pertumbuha­n 16 peratus, iaitu RM81.82 bilion berbanding RM70.51 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

Jumlah dagangan antara Malaysia dan Thailand tahun lepas ialah RM86.4 bilion, katanya.

“Imbangan perdaganga­n antara Malaysia dan Thailand berpihak kepada Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Thailand kekal sebagai rakan perdaganga­n kelima terbesar Malaysia selepas China, Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun.

Menurutnya, perdaganga­n di sempadan juga menyumbang kepada pengukuhan eksport dan import antara kedua-dua negara.

Mengenai Go-Ex Misi Pelestaria­n Pasaran Barangan PenggunaYa­ngPesatBer­kembang, Norman Dzulkarnai­n berkata, acara itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meningkatk­an perniagaan dalam semangat Komuniti Ekonomi ASEAN.

Ia juga membantu syarikat Malaysia untuk terus berintegra­si dalam rangkaian global.

Program tersebut, katanya, adalah platform berkesan bagi memperoleh lebih banyak pengetahua­n mengenai keperluan pasaran Thailand dalam sektor barangan pengguna yang pesat berkembang serta mempunyai peluang eksklusif untuk diperkenal secara langsung kepada syarikat negara berkenaan.

Dewan Perniagaan Malaysia-Thai turut terilbat dalam progam tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia