Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA Perak sasar jualan pasar tani RM30 juta tahun ini

-

LENGGONG: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Perak menyasarka­n jualan di semua pasar tani seluruh negeri mencecah RM30 juta pada tahun ini.

Exco Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian, Perladanga­n, Penerangan dan Pembanguna­n Modal Insan Perak Datuk Saarani Mohamad berkata jumlah itu boleh dicapai kerana sejak Januari hingga November tahun ini, nilai jualan di 32 pasar tani mencecah hampir RM28 juta.

Beliau berkata pihaknya menerima sambutan menggalakk­an daripada pembeli kerana ia menawarkan harga berpatutan bagi barangan keperluan berbanding dengan kedai lain. “Pasar tani menjual barangan segar hasil pertanian dari ladang dengan potongan harga antara lima hingga 20 peratus,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pasar tani dan pasar awam Lenggong di sini, semalam. Ia merupakan satu daripada program santai bersama pemimpin sempena pemukiman 3YB Parlimen Lenggong di sini.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata sebanyak tujuh lagi pasar tani akan dibuka di negeri ini tahun depan berikutan sambutan mengalakka­n daripada orang ramai.

Pasar tani itu terletak di Selekoh (Bagan Datuk); Dataran Nanas Kampung Selabak (Teluk Intan); Taman Klebang dan Masjid Sultan Idris Shah (Ipoh); Kuala Kangsar; Masjid Kerian (Parit Buntar) dan Kamunting di Taiping.

Sementara itu, Saarani berkata pihaknya akan bekerjasam­a dengan kedai bergerak Amanjaya kendalian Yayasan Bina Upaya ( YBU) dan FAMA untuk membuka perniagaan di beberapa kawasan pasar tani. “Setakat ini, YBU membuka 70 lokasi kedai bergerak setiap bulan mengikut kawasan DUN dengan harga murah bagi barangan kering seperti beras,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA RAKYAT: Saarani Mohamad (tiga kanan) bermesra dengan orang ramai yang membeli barangan keperluan harian pada Perasmian Program Singgah Santai Pemimpin bersama Rakyat di Pasar Tani Lenggong sempena Permukiman 3YB Parlimen Lenggong semalam.
— Gambar Bernama MESRA RAKYAT: Saarani Mohamad (tiga kanan) bermesra dengan orang ramai yang membeli barangan keperluan harian pada Perasmian Program Singgah Santai Pemimpin bersama Rakyat di Pasar Tani Lenggong sempena Permukiman 3YB Parlimen Lenggong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia