Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar pertumbuha­n tahunan tertinggi sejak 2014, Bank Dunia menjangkak­an ekonomi negara terus kukuh pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) Malaysia 2017 dijangka akan berkembang sebanyak 5.8 peratus, dari tahun ke tahun, kadar pertumbuha­n tahunan tertinggi sejak 2014, kata Pengarah Serantau Bank Dunia (Malaysia dan Thailand), Dr Ulrich Zachau.

Katanya, Bank Dunia menjangkak­an ekonomi negara akan terus kukuh pada 2018 dengan unjuran pertumbuha­n sebanyak 5.2 peratus.

“Kepesatan pertumbuha­n telah dirancakka­n oleh pengukuhan dalam permintaan domestik, persekitar­an pasaran buruh serta gaji yang lebih baik, termasuk permintaan luar untuk produk Malaysia dan eksport komoditi yang semakin meningkat.

“Perbelanja­an modal juga telah naik disebabkan lonjakan dalam pelaburan swasta dan awam,” kata Zachau dalam sidang media bagi melancarka­n edisi ke- 17, laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ di sini semalam.

Memandangk­an Malaysia dijangka akan mencapai status negara berpendapa­tan tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang, adalah penting untuk meningkatk­an pendapatan per kapita semua golongan, terutama kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah B40.

Katanya, ini bukan sahaja akan memberi manfaat ke- pada semua penduduk malah mewujudkan perpaduan sosial merentasi semua kumpulan dalam negara.

“Bagaimanap­un, kesaksamaa­n tetap menjadi cabaran walaupun pendapatan meningkat dan kerajaan perlu memastikan pertumbuha­n negara terus mampan,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Negara Bank Dunia, Dr Richard Record berkata unjuran jangka sederhana pada 5.2 peratus KDNK untuk 2018 adalah bersesuaia­n.

“Kami amat yakin bahawa jika haluan polisi ekonomi sekarang dikekalkan dengan pengurusan markroekon­omi yang bijak berserta pembaha- ruan yang kukuh, Malaysia akan terus menikmati pertumbuha­n yang mantap,” kata Record.

Beliau juga berkata walaupun Malaysia mempunyai kekuatan untuk kekal stabil pada tahun depan, ia harus mengambil peluang dalam memberi tumpuan untuk meningkatk­an produktivi­ti pada kadar yang lebih pantas melalui pendidikan dan penggunaan teknologi digital.

Pada Oktober lepas, Bank Dunia menjangkak­an Malaysia akan mencatatka­n pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.2 peratus, selepas ramalan awal iaitu sebanyak 4.9 peratus yang dibuat pada Jun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia