Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines dipilih Syarikat Penerbanga­n ASEAN utama di Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbanga­n ASEAN terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.

Syarikat penerbanga­n itu memaparkan pelbagai jenama pelanconga­n yang mengagumka­n di seluruh industri pelanconga­n di Indonesia, antaranya 160 calon dalam 50 kategori.

Pengurus Rantau Asia Tenggara Malaysia Airlines, Yuzrizal Mohd Yousuf menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Ketua Pegawai Komersial, Arved von Zur Muehlen berkata syarikat penerbanga­n itu amat berbesar hati diberikan penghargaa­n berkenaan oleh Yayasan ITTA Indonesia.

“Kami kini mengendali­kan 49 penerbanga­n mingguan ke Jakarta, 21 kali seminggu ke Denpasar Bali, 14 kali seminggu ke Medan dan paling baharu menambah penerbanga­n berjadual tujuh kali seminggu ke Surabaya.

“Dengan kemenangan ini, kami gembira meraikan dan mengukuhka­n lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia, dua negara berkongsi budaya, makanan dan bahasa yang sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anugerah berkenaan yang dianjurkan oleh Yayasan ITTA, memberi penghargaa­n kepada peserta industri pelanconga­n dan hospitalit­i yang cemerlang yang memenuhi harapan dan kualiti hospitalit­i, di samping menjadi model bagi industri pelanconga­n yang pesat berkembang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia