Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan abaikan aspek agama dalam diri anak: Fatimah

Aspek keagamaan sama penting seperti penekanan ibu bapa terhadap aspek akademik dan kokurikulu­m

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Ibu bapa dan masyarakat tidak boleh mengabaika­n aspek keagamaan dalam diri anak khususnya dan generasi masa depan amnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, aspek keagamaan sama penting seperti penekanan terhadap aspek akademik dan kokurikulu­m.

“Kita juga harus memberi penekanan kepada aspek keagamaan seperti juga dalam bidang akademik dan kokurikulu­m anak-anak,” katanyapad­aMajlis Penangguha­n Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Dalat malam kelmarin.

Menurutnya, hal berkaitan keagamaan penting untuk dijadikan benteng kekuatan diri anak-anak ketika membesar dan mempunyai pengaruh besar ke atas keseluruha­n hidupnya kelak.

Ini termasuk menjauhi mereka daripada terjebak dalam gejala negatif dan isu sosial semasa seperti trend remaja hamil tanpa berkahwin, jenayah harta benda dan penyalahgu­naan dadah.

Walaupun terdapat jawatankua­sa khas untuk membendung masalah seperti ini daripada terus berleluasa, namun usaha lebih giat harus dilakukan di peringkat rumah dan masyarakat itu sendiri.

“Dengan menanam ilmu keagamaan, ini akan menjadi satu usaha membendung gejala sosial seperti itu daripada berterusan,” jelasnya.

Fatimah pada masa sama turut menasihati para ibu bapa agar menghantar anak mereka yang berminat mendalami ilmu agama, sekali gus menangani kekurangan dalam jawatan bidang berkenaan khususnya di Sarawak.

Mengenai program keaga- maan seperti tilawah al-Quran, beliau menegaskan ia akan terus dianjurkan dengan penambahan pelbagai bentuk program lain menjurus ke arah keagamaan.

Sementara itu, Sarbini Taip dinobatkan sebagai johan kategori qari, diikuti Arman Hussin naib johan dan Hassan Othman di tempat ketiga.

Kategori qariah pula dijuarai Kalsum Ayub, naib johan Sinarwati Yusuf Tambi dan tempat ketiga Selbiah Salleh.

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Agama Islam Mukah Ustaz Naza Hamdan, Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Assalam Kampung Teh Oya Abu Bakar Talip yang juga pengerusi penganjur dan Ketua Masyarakat Mukah Temenggung Hendy Suhai.

Kita juga harus memberi penekanan kepada aspek keagamaan seperti juga dalam bidang akademik dan kokurikulu­m anak-anak. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? TAHNIAH: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada Sarbini sambil disaksikan tetamu lain.
TAHNIAH: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an hadiah kepada Sarbini sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia