Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran beroperasi semula dalam masa 24 jam selepas diarah tutup dipersoal

-

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak menuntut jawapan daripada Jabatan Kesihatan Negeri tentang status kebersihan restoran francais makanan segera di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Batu Tiga yang diarah tutup pada 13 Disember lalu ekoran tahap kebersihan tidak memuaskan.

Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Dr Kelvin Yii berkata, tuntutan jawapan itu ekoran restoran terbabit kini sudah beroperasi semula sejak jam 1 petang kelmarin (Khamis).

“Kalau mengikut notis yang dikeluarka­n di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, restoran itu diarah tutup dari 13 hingga 27 Disember 2017.

“Namun, dalam tempoh 24 jam sahaja dari masa notis dikeluarka­n restoran itu telah dibuka dan beroperasi seperti biasa,” katanya pada sidang media di pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Kelvin memberitah­u adakah tempoh 24 jam itu mencukupi untuk sesebuah premis makanan yang telah diperintah­kan tutup di bawah seksyen tersebut untuk memastikan tahap kebersihan dan keselamata­n benarbenar mengikuti peraturan ditetapkan.

“Bagaimanak­ah prosedur pembersiha­n itu mematuhi peraturan ditetapkan hanya dalam tempoh masa 24 jam.

“Adakah bahan kimia yang diguna untuk membersihk­an premis tersebut benar-benar hilang dan tidak memberi kesan kepada orang awam yang datang makan di restoran tersebut.

“Saya bukan hendak membuat tuduhan tetapi hanya sekadar bertanya kepada pihak bertanggun­gjawab tentang isu ini kerana ia melibatkan keselamata­n dan kepentinga­n orang awam terutama kanak-kanak yang datang makan di restoran tersebut,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia