Utusan Borneo (Sarawak)

Donnarumma jadi perhatian di Serie A

-

MILAN: Drama kontrak yang menyelubun­gi AC Milan dan penjaga muda mereka yang berbakat Gianluigi Donnarumma pada musim panas telah kembali untuk menghantui kelab gergasi Serie A itu pada waktu mereka cuba mengembali­kan musim mereka yang goyah ke landasan.

Milan, di tempat ketujuh dan 11 mata di bawah tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara, bertandang ke Verona esok (Ahad) dengan matlamat untuk meneruskan dua kemenangan berturut- turut dalam liga dan piala selepas separuh pertama yang buruk dalam kempen mereka.

Namun demikian, walaupun pasukan Gennaro Gattuso menewaskan Bologna 2-1 pada hujung minggu lepas dan membelasah Verona di stadium sendiri dalam Piala Itali pada Rabu lepas, ia adalah Donnarumma yang mendominas­i tajuk berita utama di Itali.

Hubungan di antara pemain berusia 18 tahun itu, yang dianggap sebagai pewaris kepada Gianluigi Buffon selepas persaraan penjaga gol veteran Juventus itu dari bola sepak antarabang­sa, ejennya Mino Raiola dan kelab kini menarik semula perhatian.

Pada awal minggu ini, laporan menyebut dia mendakwa diri mengalami ‘penderaan etika’ pada Julai lalu ketika dia menandatan­gani pembaharua­n kontrak bernilai enam juta euro (RM28.8 juta) setahun.

Akhbar Corriere Della Sera mendakwa Selasa lepas bahawa Raiola mahu kontrak itu dibatalkan kerana tekanan untuk menandatan­ganinya yang didakwa dikenakan ke atasnya oleh Milan. — AFP l a n b e k a s p e m a i n dan anggota media terpilih.

Pada peringkat kelab, Pulisic menamatkan musim penuh pertamanya bersama pasukan utama Borussia Dortmund

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia