Utusan Borneo (Sarawak)

Dipilih pelakon TV popular 2017 di

-

SEOUL: Pelakon popular drama Korea ‘Descendant­s of the Sun’, Song Joong-ki dipilih sebagai pelakon televisyen terbaik tahun ini, lapor agensi berita Yonhap.

Menerusi tinjauan oleh Gallup Korea, membabitka­n 1,700 orang berumur 13 tahun atau lebih di seluruh negara, bermula 8 hingga 28 November, bintang sensasi Korea Selatan itu menduduki tangga teratas dengan memperoleh 17.9 peratus daripada jumlah undi.

Isterinya yang juga menjadi heroin dan pasanganny­a dalam drama itu, Song Hyekyo, menduduki tempat ketiga dengan undian 9.5 peratus.

Kedua-dua bintang itu tidak muncul dalam sebarang drama televisyen tahun ini, selepas membintang­i drama yang mengisahka­n kehidupan anggota tentera itu dan menjadi fenomena.

Namun, Song dan isterinya menjadi tumpuan peminat seluruh dunia tahun ini menerusi berita perkahwina­n mereka pada Oktober.

Pelakon Gong Yoo dari siri televisyen terkenal ‘Guardian: The Lonely and Great God’ atau ‘Goblin’ berada di tempat kedua dengan 10.1 peratus.

Park Bo-gum, bintang siri drama ‘Love In the Moonlight’, di kedudukan keempat dan memperoleh 8.3 peratus undi.

Disusuli aktor Lee Jong-suk dengan 7.0 peratus dan Bae Suzy dengan 4.3 peratus, yang membintang­i ‘While You Were Sleeping’, manakala pelakon ‘Women of Dignity’, Kim Hee-sun di tempat ketujuh.

Bagaimanap­un, tahun ini tiada drama Korea diundi sebagai mega-hit.

“Tahun 2017, kami mempunyai beberapa drama yang mendapat sambutan namun tiada siri mega seperti ‘Descendant­s of the Sun,’ yang mencapai kejayaan besar di dalam dan di luar negara pada tahun lepas, atau ‘Guardian’, yang menamatkan tayanganny­a pada Januari,” kata syarikat itu. — Bernama

 ??  ?? GONG YOO SUZY
GONG YOO SUZY
 ??  ?? SONG JOONG-KI & SONG HYE-KYO
SONG JOONG-KI & SONG HYE-KYO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia