Utusan Borneo (Sarawak)

Amaran cuaca ditingkatk­an kepada buruk hingga Rabu

-

KUCHING: Amaran Cuaca Waspada yang dikeluarka­n pada Jumaat, kini ditingkatk­an kepada Amaran Cuaca Buruk semalam, berikutan taburan hujan lebat yang dijangka berterusan di barat Sarawak sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorolog­i menjangkak­an kawasan persekitar­an akan mengalami kesan hujan lebat berserta angin kencang dalam tempoh 17 Disember hingga 20 Disember depan.

Kawasan terlibat dalam Amaran Cuaca Buruk adalah Bahagian Kuching; Bahagian Samarahan; Bahagian Serian; Bahagian Sri Aman; Bahagian Betong; Bahagian Sarikei; dan Bahagian Mukah ( Daerah Daro).

Manakala kawasan dalam Amaran Cuaca Waspada pula adalah Bahagian Mukah (Daerah Matu, Dalat dan Mukah); Bahagian Sibu; Bahagian Bintulu; Bahagian Miri; dan Bahagian Limbang.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan semalam, dengan itu, semua Bilik Operasi Bencana Bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang bersedia untuk diaktifkan pada bilabila masa.

Ia adalah sebagai tindakan kesiapsiag­aan menghadapi bencana yang bakal berlaku terutamany­a di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir dan tanah runtuh.

Bilik Gerakan Negeri dalam kesiapsiag­aan bersedia menerima maklumat bantuan pengurusan dan pengoperas­ian bencana dari semasa ke semasa.

Semua Pejabat Residen juga dimohon untuk memastikan pusat- pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) juga hendaklah memastikan asetaset pengoperas­ian mencukupi dan berada dalam keadaan baik dan sedia digunakan.

Bilik Gerakan Negeri boleh dihubungi di talian 082443991/ 446991, faksimili 082-442730 dan e-mel jpbn@ sarawak.gov.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia