Utusan Borneo (Sarawak)

Dua tasik di USM berpotensi selesaikan masalah banjir

-

GEORGE TOWN: Tasik Aman dan Tasik Harapan di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini dilihat berpotensi dalam menyelesai­kan masalah banjir, kekotoran sumber air dan ketidakcuk­upan bekalan air untuk kegunaan harian di kawasan sekitar.

Pengarah Pusat Penyelidik­an Kejurutera­an Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) USM, Prof Dr Nor Azazi Zakaria berkata untuk tujuan berkenaan, kedua-dua tasik itu yang dibina daripada sebahagian Sungai Gambir, harus diubah suai dan dijadikan kolam takungan dengan keseluruha­n projek memerlukan sekitar RM6 juta.

“Kita kini dalam proses terakhir mengenal pasti ‘ filter’ yang sesuai untuk merawat keadaan air bawah tanah ( di kedua- dua tasik). Ini bagi membolehka­n air diguna pakai untuk seluruh kampus dan jika kita ( REDAC) berjaya, kita dapat jimatkan bil air sebanyak RM600,000 setahun,” katanya kepada Bernama baru- baru ini.

Katanya sistem kolam takungan yang diwujudkan itu juga membolehka­n limpahan air dari Sungai Gambir disalurkan ke kolam berkenaan sebelum dialirkan keluar, sekali gus menangani masalah banjir di kawasan kampus serta di sekitar Sungai Dua dan Batu Uban.

Nor Azazi berkata pada masa ini, kedua-dua tasik itu tidak berfungsi dengan baik disebabkan reka bentuknya bukan untuk menampung air bagi mitigasi banjir selain keadaan air yang tidak mengalir keluar seperti sepatutnya.

Dari segi sistem ekologi air, semakin jauh air mengalir kualitinya akan lebih baik di samping meningkatk­an kadar oksigen terlarut, katanya.

“Jika kita dapati air di dalam tasik itu berwarna tertentu, ia sebenarnya telah mati (tidak berfungsi),” katanya.

Pensyarah kejurutera­an geoteknika­l itu berkata perancanga­n REDAC ialah meningkatk­an kualiti air di keduadua tasik tersebut sekurangku­rangnya ke kelas dua.

“Inilah peluang terbaik, jika kita dapat dana sekurangku­rangnya RM6 juta, kemungkina­n besar kita dapat wujudkan satu sistem yang menarik yang boleh menyelesai­kan ketiga-tiga isu yang saya nyatakan tadi.

“Saya berharap pihakpihak berwajib sama ada kerajaan negeri, kerajaan perseku- tuan mahupun badan-badan bukan kerajaan yang berminat boleh menjadi rakan kongsi untuk melancarka­n projek ini pada bila- bila masa,” katanya.

Katanya REDAC turut menjalinka­n hubungan rapat dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO) dalam usaha mengumpul dana tersebut.

Pada masa sama, Nor Azazi berkata USM juga dalam usaha menjadikan Tasik Aman dan Tasik Harapn sebagai produk ekopelanco­ngan yang mempunyai sistem saliran berteknolo­gi tinggi dan sistematik.

“Kita juga akan wujudkan tanaman-tanaman berbentuk mikro di pinggir- pinggir tasik bagi menggalakk­an kehidupan akuakultur yang boleh mengundang pelbagai plankton dan sebagainya yang seterusnya dapat menjadikan tasik itu hidup kembali,” katanya.

Tasik Harapan yang berkeluasa­n 0.8 hektar manakala Tasik Aman pula berkeluasa­n 0.6 hektar itu terletak berdekatan dengan Masjid USM dan kawasan pembanguna­n di Sungai Dua, di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia