Utusan Borneo (Sarawak)

Heendrew pamer kehebatan julang Piala Perpaduan Samarahan 2017

-

KOTA SAMARAHAN: Atlet muaythai berpengala­man, Heendrew Lois dinobatkan juara ‘Superfight Pro’ Kategori 58 kilogram pada Kejohanan Muaythai Piala Perpaduan Samarahan 2017 berlangsun­g di sini hujung minggu lalu.

Peninju dari Lundu itu menewaskan Wan Syamrizal Wan Jesmi dari Phoenix Meranek Samarahan di Summer Mall merupakan tempat acara muaythai untuk Sukan Sarawak (SUKSAR) I 2017.

Dua perlawanan jemputan antarabang­sa juga menjadi perhatian penonton dan ada kalangan mereka atlet muaythai SUKSAR.

Fadzly Julai dari Warrior Gym Miri menepis saingan dari peninju Russia, Dennis Nosaev pada perlawanan 63 kilogram, manakala Suphan Kaeosisaet dari Thailand menewaskan Mohd Eswandy Hassan dari Muaythai Kenyalang Sarawak dalam cabaran 65 kilogram.

Penonton juga disajikan dengan tiga perlawanan yang tidak kurang hebat di mana Azeem Nurhakim dari Persatuan Muaythai UiTM Sarawak mengalahka­n Kong Hau Jin dari Eagle Gym Sibu dalam kategori 75 kilogram.

Manakala Abang Mohd Uqail Abang Mustapa dari Warrior Miri menundukka­n Roslan Johani dari Phoenix Meranek Samarahan dalam kategori 64 kilogram dan Pratasarth­ee Punniyamoo­rthy dari SS Fighters Kuching memenangi Kategori 51 kilogram ke atas Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya dari PS Muaythai Bintulu.

Hadiah- hadiah disampaika­n oleh Residen Bahagian Serian, Johnathan Lugoh.

Acara Superfight Pro ini merupakan anjuran Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Persatuan Muaythai Samarahan dan pengurusan Summer Mall dengan sokongan Sekretaria­t SUKSAR 2017 di bawah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

 ??  ?? DINOBAT JUARA: Johnathan (lima dari kiri) mengumumka­n Heendrew sebagai pemenang perlawanan 58 kilogram.
DINOBAT JUARA: Johnathan (lima dari kiri) mengumumka­n Heendrew sebagai pemenang perlawanan 58 kilogram.
 ??  ?? JUARA LELAKI TERBUKA: Pasukan Nazario FT yang menjuarai kategori Lelaki Terbuka.
JUARA LELAKI TERBUKA: Pasukan Nazario FT yang menjuarai kategori Lelaki Terbuka.
 ??  ?? AKSI HEBAT: Heendrew (kiri) bertarung dengan Wan Syamrizal dalam saingan 58 kilogram.
AKSI HEBAT: Heendrew (kiri) bertarung dengan Wan Syamrizal dalam saingan 58 kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia