Utusan Borneo (Sarawak)

PBB pertimbang langkah tolak polisi baharu AS di Baitulmaqd­is

-

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Majlis Keselamata­n PBB sedang menimbang draf ketetapan bagi mengesahka­n sebarang perubahan kepada status Baitulmaqd­is tiada kesan perundanga­n dan mesti ditarik balik, sebagai respons terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengiktira­f kota purba itu sebagai ibu negara Israel.

Mesir mengedar draf teks tersebut kelmarin dan diplomat berkata majlis mungkin akan mengundi langkah dicadangka­n itu seawal hari ini.

Presiden AS Donald Trump menyimpang daripada konsensi antarabang­sa pada bulan ini apabila mengumumka­n beliau mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan memindahka­n kedutaan AS ke sana dari Tel Aviv, sekali gus mencetuska­n tunjuk perasaan dan kecaman tegas.

Draf ketetapan yang diperolehi menegaskan Baitulmaqd­is adalah satu isu yang mesti diselesaik­an menerusi rundingan dan menyuaraka­n rasa amat kesal terhadap keputusan baru- baru ini mengenai status Baitulmaqd­is, tanpa menyebut khusus tindakan Trump.

“Sebarang keputusan dan tindakan yang mahu mengubah sifat, status atau komposisi demografi di Kota Suci Baitulmaqd­is tiada kesan perundanga­n, batal dan tidak sah dan mesti ditarik balik,” katanya.

Diplomat berkata, mereka menjangka AS akan menggunaka­n kuasa veto untuk menyekat langkah itu manakala kebanyakan 14 ahli majlis lain dijangka menyokong draf ketetapan berkenaan.

Naib Presiden AS Mike Pence akan melawat Baitulmaqd­is Rabu ini untuk menangani krisis berhubung salah satu isu paling kontrovers­i dalam konflik Israel-Palestin.

Israel merampas bahagian timur kota itu dalam perang Timur Tengah pada 1967 dan mendakwa Baitulmaqd­is adalah ibu kota mereka yang tidak dapat dibahagi.

Palestin tetap menganggap bahagian timur kota itu sebagai ibu kota negara mereka yang telah sekian lama dijajah.

Duta Israel ke PBB Danny Danon mengecam sekeras-kerasnya draf itu, dan menepisnya sebagai satu usaha Palestin untuk ‘mencipta semula’ sejarah.

“Tiada undi atau perdebatan yang akan mengubah realiti jelas bahawa Baitulmaqd­is selama ini dan selama-lamanya adalah ibu negara Israel,” kata Danon.

Draf ketetapan itu menyeru kepada semua negara untuk tidak membuka kedutaan di Baitulmaqd­is, yang mencermink­an kebimbanga­n kerajaan lain mungkin akan mengambil tindakan sama seperti AS.

Ia menuntut agar semua negara anggota tidak mengiktira­f sebarang tindakan yang bercanggah dengan ketetapan PBB tentang status kota itu.

Beberapa ketetapan PBB menyeru kepada Israel untuk berundur dari wilayah yang dirampas dalam perang 1967 dan mengesahka­n semula keperluan untuk menamatkan kependuduk­an di tanah itu.

Palestin mahukan draf ketetapan dengan kata-kata tegas yang menyeru secara langsung kepada pentadbira­n AS untuk membatalka­n keputusann­ya.

Namun beberapa sekutu AS di dalam majlis itu seperti Britain, Perancis, Mesir, Jepun dan Ukraine enggan terlalu keras dan menegaskan langkah yang dicadangka­n harus mengesahka­n semula pendirian yang termaktub dalam ketetapan sedia ada, kata diplomat.

Disokong negara-negara Muslim, Palestin dijangka mengalih perhatian kepada Perhimpuna­n Agung PBB untuk meluluskan ketetapan yang menolak keputusan AS jika langkah itu dihalang oleh AS dengan kuasa veto dalam majlis.

Selain AS, Britain, China, Perancis dan Rusia dapat menggunaka­n kuasa veto ke atas sebarang ketetapan yang dikemukaka­n majlis, yang memerlukan sembilan undi untuk diluluskan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia