Utusan Borneo (Sarawak)

RDC akan ditubuh untuk selia aktiviti R&D: KM

-

KUCHING: Majlis Pembanguna­n Penyelidik­an (RDC) akan ditubuhkan dalam waktu terdekat untuk menyelia aktiviti- aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, badan-badan sedia ada seperti Pusat Biodiversi­ti Sarawak (SBC) dan universiti tempatan akan bekerjasam­a dengan RDC bagi memastikan penyelidik­an dapat diselaras dan hasilnya dapat dimanfaatk­an.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan idea- idea baharu daripada rakyat untuk kebaikan mereka sendiri.

Katanya, idea-idea inovatif menerusi penyelidik­an dan pembanguna­n juga dialualuka­n.

“Melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n memerlukan kos yang tinggi tetapi ia mesti dilakukan dan peruntukan disediakan agar bahan mentah boleh ditambah nilai.

“Hasilnya sangat besar berbanding ( kita) hanya mengekspor­t bahan mentah seperti kayu, gelas dan minyak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis makan malam bekas kakitangan dan pegawai Lembaga Pembanguna­n Tanah Sarawak (SLDB) di sebuah hotel di sini malam Ahad lepas.

Abang Johari menambah, “Oleh sebab itu, dalam rombakan kabinet baru- baru ini, saya mewujudkan satu kementeria­n yang bertanggun­gjawab ke atas sains dan penyelidik­an teknologi untuk menyelia aktiviti R&D menerusi Majlis Pembanguna­n Penyelidik­an yang akan ditubuhkan dalam waktu terdekat.”

Sehubungan itu, beliau menggalakk­an bekas kakitangan serta pegawai SLDB membantu meningkatk­an produktivi­ti pertanian di negeri ini menggunaka­n bakat serta kepakaran yang ada.

Sementara itu, Uggah mahu staf SLDB menerusi koperasi dianggotai 400 ahli melakukan kerja-kerja sosial yang dapat memberi manfaat kepada bekas pekerja lembaga itu juga masyarakat secara keseluruha­nnya.

Koperasi dikenali Semangat Sembilan Sembilan ( KOSEM99) menganjurk­an beberapa projek kecil dan antaranya kursus penanaman sayur-sayuran secara organik di Miri yang dikendalik­an oleh bekas staf SLDB Awang Othman.

Selain itu, KOSEM99 mempertimb­ang untuk menghasilk­an makanan haiwan ternakan menggunaka­n daun kelapa sawit kerana ia berpo- tensi menjadi perniagaan berskala besar pada masa akan datang.

“Daun kelapa sawit biasa terbiar begitu sahaja, mereput tetapi jika ia diproses menjadi makanan haiwan ia boleh membawa pulangan yang baik.

“Jika dapat memberi nilai tambah kepada daun kelapa sawit ini, saya percaya ia akan memberi manfaat kepada banyak pihak khasnya pekebun kelapa sawit,” katanya.

Uggah menambah, budaya R&D penting dalam perindustr­ian dan keusahawan­an.

Hadir sama penasihat penganjur Ahmad Ebon, pengerusi penganjur Razali Jahari dan bekas pengerusi SLDB Wan Habib Mahmud.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Uggah menerima cenderahat­i daripada Ahmad sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur termasuk Razali (empat kanan).
TERIMA KASIH: Uggah menerima cenderahat­i daripada Ahmad sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur termasuk Razali (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia