Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri terus melaksana program pengindaha­n taman, ‘Community Farming’

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak melaksanak­an Program Pengindaha­n Taman Pustaka dan Program Kehijauan ‘Community Farming’ secara berterusan untuk manfaat masyarakat setempat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhasaan berkata, melalui program tersebut peserta berpeluang untuk belajar dan berkongsi pengetahua­n mengenai alam sekitar dan berkebun.

“Ia juga merupakan salah satu usaha Pustaka dalam mempromosi­kan gaya hidup sihat, aktiviti fizikal dm kesihatan mental yang baik.

“Orang ramai digalak untuk membawa tumbuhan sendiri, alat berkebun, biji benih dan baja selain turut digalak untuk menanam pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan dan pokok bunga.

“Kita juga menggalakk­an komuniti untuk menanam buah- buahan dan sayursayur­an tempatan, selain tanaman lain dan menyertai pembanguna­n pengurusan tanah,” katanya ketika berucap pada program tersebut yang diadakan di Laman Komuniti Pustaka Negeri semalam.

Rashidah berkata, usaha tersebut juga merupakan model alternatif sosioekono­mi dalam aspek makanan dan pertanian yang boleh disemai nilainya di kalangan komuniti setempat, selain mengindahk­an laman taman pustaka yang sering dijadikan tempat beriadah oleh orang ramai.

Berkebun juga, katanya, berupaya menjadi aktiviti menyihatka­n badan selain memupuk rasa kepunyaan dalam diri masyarakat.

Sehubungan itu, Rashidah mempelawa organisasi, pertubuhan atau individu yang berminat mengangkat kawasan laman tersebut sekali gus membantu memperinda­hkannya.

Namun demikian, program percuma itu terhad kepada 10 lot.

Bagi sebarang pertanyaan boleh hubungi Anita Hamdan atau Daut Bogol di talian, 082-442000 sambungan 263 atau 239.

Juga boleh e-mel kepada anitah@ sarawak. gov. my/ dautb@sarawak.gov.my untuk maklumat atau pendaftara­n.

 ??  ?? AKTIVITI HIJAU: Sebahagian peserta program sedang menanam tanaman pilihan masing-masing.
AKTIVITI HIJAU: Sebahagian peserta program sedang menanam tanaman pilihan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia