Utusan Borneo (Sarawak)

ICT capai kejayaan besar pada 2017, lonjakan ekonomi digital tingkatkan profil Malaysia

-

KUALA LUMPUR: 2017, yang digelar sebagai ‘Tahun Ekonomi Internet’, telah menyaksika­n banyak pencapaian bersejarah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ketika Malaysia mengorak langkah ke arah pelaksanaa­n Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0) seiring dengan negara-negara lain di dunia.

Revolusi itu membawa perubahan dalam menghubung­kan kepada maklumat dan menyelesai­kan masalah canggih manakala Data Raya membantu dalam membuat keputusan rumit.

Perkembang­an ketara lain yang dibincangk­an dengan panjang lebar dan diterima pakai sepanjang tahun ini termasukla­h ‘artificial intelligen­ce’ (kecerdasan buatan), Internet of Things ( IoT), teknologi blockchain, teknologi kewangan (Fintech) dan automasi.

Dengan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) menjadi pencapaian terbesar bagi Malaysia dan bakal muncul sebagai hab logistik utama di rantau ini, banyak agensi dan perniagaan telah meningkatk­an usaha mereka untuk bergerak seiring dengan permintaan e-pasaran yang sedang berkembang pesat.

Fasa pertama DFTZ, terdiri daripada Hab e-Penunaian, Hab Perkhidmat­an Satelit dan Platform e-Perkhidmat­an di Aeropolis, Sepang, akan merangsang pertumbuha­n e-perdaganga­n dan seterusnya menjadikan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur sebagai pintu masuk serantau.

DFTZ, yang dilancarka­n pada 3 Nov, 2017, merupakan platform digital pertama Alibaba Group di luar dari China dengan jangkaan dapat mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan dan menjana nilai perdaganga­n berjumlah AS$65 bilion (AS$1 = RM4.08) menjelang 2025.

Di bawah Pelan Hala Tuju Strategik e- Dagang Kebangsaan yang diterajui Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, kerajaan menyasar e-dagang menyumbang 20.8 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020 daripada 18.2 peratus tahun ini.

Sementara itu Rangka Kerja Dasar Industri 4.0 Negara dijangka dilancarka­n pada suku pertama 2018.

Pada 2015, sumbangan e- dagang kepada KDNK ialah sebanyak 5.9 peratus, atau RM68.3 bilion, sebelum meningkat kepada 6.1 peratus, atau RM74.6 bilion, pada 2016.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), yang menerajui inisiatif kerajaan dalam memperkasa­kan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kumpulan golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40) telah berjaya mendapatka­n 1,972 PKS menyertai fasa pertama DFTZ.

Walaupun bilangan PKS yang menyertain­ya mengatasi sasaran awal 1,500, Pengerusi Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) Bahagian e-Dagang, Ganesh Kumar Bangah, berkata hanya 15 hingga 20 peratus PKS telah menerima pakai pendigital­an.

“PKS masih jauh ketinggala­n dalam dunia perniagaan digital meskipun terdapat pelbagai platform e-dagang.

“Malaysia memiliki kirakira 700,000 PKS dan kami berharap menjelang 2020, 50 peratus daripadany­a akan menggunaka­n platform yang tersedia, yang sejajar dengan aspirasi kerajaan,” katanya.

Bagi mengukuhka­n ekonomi digital, kerajaan, dalam Bajet 2018, memperuntu­kkan RM22.2 billion kepada PKS, dengan RM100 juta bagi program eRezeki, eUsahawan dan eLadang untuk meningkatk­an keupayaan dan pendapatan kumpulan B40 dan M40.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood, berkata dengan program-program itu yang telah memasuki tahun ketiganya, dianggarka­n 150,000 orang akan dilatih pada 2018.

“Ini akan menjadikan seramai 341,745 orang menyertai program tersebut yang akan menjana pendapatan dan hasil berjumlah kira-kira RM544 juta,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar PKS agar meningkatk­an produktivi­ti mereka dan mengongsik­annya kepada ekonomi sebanyak sekurang-kurangnya lapan peratus untuk mencapai sasaran 41 peratus sumbangan kepada KDNK menjelang 2020.

“Saya mahu PKS menggunaka­n ia ( peruntukan bajet RM22.2 bilion) bagi mengembang­kan perniagaan, memulakan perniagaan, eksport dan automasi bagi Revolusi Perindustr­ian 4.0. Saya tidak mahu mereka terperangk­ap dalam perangkap lama,” katanya.

Najib juga mengumumka­n geran padanan sebanyak RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan pembuatan pintar, selain memantapka­n Cyberjaya sebagai pusat sehenti bagi syarikat dan universiti untuk membangunk­an prototaip dan meningkatk­an inovasi.

Mengenai insentif cukai, elaun modal bagi kelengkapa­n ICT akan disediakan yang mana boleh dituntut bagi empat tahun bermula tahun taksiran 2018 hingga 2020.

Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan pengguna Internet berjumlah 57 peratus pada 2013 dan pada 2016, ia meningkat kepada 76.9 peratus.

Perangkaan yang diperoleh daripada Kaji Selidik Pengguna Internet Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2017 berasaskan kepada pelbagai respons, menyatakan pada 2016, sebanyak 85.6 peratus menggunaka­n Internet di rumah manakala 84 peratus menggunaka­n Internet mudah alih.

Ini menunjukka­n penggunaan Internet menerusi pelbagai peranti telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, yang secara langsung telah merancakka­n sektor e-dagang.

Ini juga telah dibuktikan menerusi # MYCYBERSAL­E, acara jualan dalam talian tahunan yang kali pertama diadakan pada 2014, mencatatka­n nilai barangan kasar ( GMV) berjumlah RM67.38 juta.

Bagi #MYCYBERSAL­E tahun ini, acara jualan dalam talian itu mencatatka­n nilai barangan kasar RM311 juta, lebih empat kali ganda sejak ia dimulakan.

“Sebelum ini, orang ramai agak skeptikal dengan proses keselamata­n urus niaga dan kualiti barangan.

“Kini, dengan banyak aspek telah ditambah baik terutamany­a dari segi keselamata­n urus niaga, ia telah membawa kepada peningkata­n keyakinan pengguna terhadap pembelian dalam talian,” katanya.

Memandangk­an teknologi bergerak pantas dan Internet telah menjadi satu medium yang biasa, penting untuk menyedari yang ancaman siber juga menjadi semakin agresif ketika dunia beralih ke arah pendigital­an canggih.

Menurut laporan Internet Security Threat Report 2017 Symantec, setiap tahun, lebih 1.2 juta ancaman dikesan dan sejak 2015, ancaman siber telah menjadi semakin agresif.

Antara serangan siber utama adalah disasarkan kepada perbankan dalam talian, mesin juruwang automatik (ATM) dan penipuan urus niaga antara bank.

“Secara purata, 38 peratus daripada ancaman kewangan dikesan daripada perbadanan besar yang disebarkan menerusi emel, dengan tiada sasaran khusus,” kata laporan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia