Utusan Borneo (Sarawak)

‘Ruknu Arabi’ di USIM akan ditaja oleh WORAL dan Qatar Foundation

-

NILAI: Malaysia dipilih oleh World Organisati­on for Renaissanc­e of Arabic Language (WORAL) sebagai pusat memperkasa bahasa Arab di rantau Asia Tenggara serta akan ditempatka­n di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Timbalan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata pihaknya sangat berbesar hati dengan pemilihan yang dibuat setelah keduadua pihak menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dan Memorandum Persetujua­n (MoA) di Qatar, Februari lalu.

“Selepas beberapa siri lawatan antara USIM dan WORAL, kami bersetuju untuk mewujudkan sebuah sudut bahasa Arab ataupun ‘Ruknu Arabi’ di perpustaka­an USIM.

“Penubuhan Ruknu Arabi ini diharapkan dapat mengembali­kan semula kegemilang­an bahasa Arab di rantau ini dan pihak WORAL meletakkan harapan yang sangat tinggi serta begitu yakin dengan Malaysia,” katanya dalam sidang media di Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad. Turut hadir Ketua Pengarah WORAL Dr Ali Ahmed Khubaisi.

Penubuhan ini ditaja sepenuhnya oleh WORLA dan Qatar Foundation dengan peruntukan RM700,000.

Sementara itu, Musa dalam ucapan perasmiann­ya berkata pihak WORLA buat pertama kalinya menyambut Hari Arab Sedunia di Malaysia kerana sebelum ini sambutan hanya dibuat di Qatar.

Beliau berkata sambutan selama enam hari yang bermula Khamis lepas itu turut disertai wakil dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor dan Islamic Educationa­l, Scientific and Cultural Organizati­on.

“Antara objektif program ini ialah untuk memperkasa­kan penggunaan Bahasa Arab dan menyediaka­n wadah bagi perkongsia­n berkenaan penggunaan bahasa itu di Malaysia.

“Sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia 2017 ini merupakan sambutan yang pertama diadakan di USIM dan diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya agar martabat serta kesucian bahasa ini terpelihar­a dan disanjung dunia,” katanya sambil menambah pelbagai aktiviti menarik disusun sempena sambutan. — Bernama

Penubuhan Ruknu Arabi ini diharapkan dapat mengembali­kan semula kegemilang­an bahasa Arab di rantau ini dan pihak WORAL meletakkan harapan yang sangat tinggi serta begitu yakin dengan Malaysia. Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan Timbalan Naib Canselor USIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia