Utusan Borneo (Sarawak)

LCS pertama lalui sesi pelayaran pertama hujung tahun depan

-

LUMUT: Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama iaitu Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela dijangka akan mula melalui sesi pelayaran pertama pada hujung tahun depan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Laksamana Madya ( Bersara) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, pelayaran itu merupakan sesi percubaan di laut dan pelabuhan bagi memastikan kapal tersebut dalam keadaan terbaik sebelum dijangka diserahkan kepada TLDM pada tahun 2019.

Beliau berkata sehingga kini kapal kombat tersebut telah siap 75 peratus dan kini sedang berada di fasa akhir pembinaan.

“Setakat ini Maharaja Lela sedang dalam proses pemasangan sistem kombat yang mana agak sulit untuk dilakukan yang kini sedang dipasang di Cyberjaya, Selangor selain kerja-kerja pemasangan dalaman.

“Kita akan mencuba setiap sistem bagi memastikan tiada masalah dan kita mahu kapal tersebut dapat digunakan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi (LIMA) 2019 nanti,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Peletakan Lunas Kapal LCS Ketiga TLDM di Boustead Naval Shipyard yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Pada 24 Ogos lepas, upacara penamaan dan pelancaran KD Maharaja Lela yang merupakan kapal pertama daripada enam unit LCS telah disempurna­kan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim sambil disaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pangkalan TLDM.

Pasangan Diraja itu serta tetamu kehormat turut menyaksika­n pelepasan kapal tempur berkenaan ke laut buat pertama kalinya.

Ahmad Ramli juga berkata LCS kedua dijangka akan dilepaskan ke dalam laut pada Ogos tahun depan manakala LCS ketiga pula pada Jun 2019.

“Malah, kerja-kerja pembinaan LCS keempat kini sudah dimulakan menerusi pembikinan dan pemasangan panel. Penting untuk kita pastikan perancanga­n dilihat secara holistik sekaligus kesemua LCS dapat disiapkan lebih awal,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim ketika berucap berkata pembinaan LCS telah membuka peluang kepada 20 vendor tempatan untuk menjalinka­n kerjasama sekali gus meningkatk­an kemahiran kepada pengusaha tempatan.

“Dari segi pembanguna­n modal insan, pengalaman dan kemahiran yang ditimba setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam projek ini mampu melahirkan tenaga mahir dan separa mahir yang kompiten, berkualiti dan memiliki tahap pasaran yang tinggi,” katanya.

Enam LCS yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BN Shipyard), anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan syarikat sekutu Boustead Heavy Industries Corporatio­n Bhd ( BHIC) dengan kos RM9 bilion itu akan diserahkan kepada TLDM secara berperingk­at sehingga kapal terakhir diserahkan pada tahun 2023.

Kesemua kapal tempur tersebut dibina dengan keupayaan peperangan empat dimensi dengan mempunyai daya tahan lasak mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta sistem pengurusan peperangan yang terkini serta mampu menampung sehingga 118 anak kapal termasuk sebuah ceraian helikopter dan pasukan khas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAPAL TEMPUR: Abdul Rahim (lapan, kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (sembilan, kiri) bergambar di hadapan lunas kapal selepas majlis peletakan lunas kapal Littoral Combat Ship ketiga (LCS3)...
— Gambar Bernama KAPAL TEMPUR: Abdul Rahim (lapan, kiri) dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (sembilan, kiri) bergambar di hadapan lunas kapal selepas majlis peletakan lunas kapal Littoral Combat Ship ketiga (LCS3)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia