Utusan Borneo (Sarawak)

Infrastruk­tur asas termasuk jalan raya dibangun untuk menghubung­kan kaum minoriti termasuk Penan dengan dunia luar

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerajaan tidak pernah meminggirk­an kebajikan rakyat di pedalaman khususnya kaum Penan dengan membangunk­an prasarana asas termasuk jalan raya bagi menghubung­kan kaum minoriti itu dengan dunia luar.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, kerajaan turut membina sekolah di Long Napir untuk memastikan anakanak luar bandar mendapat pendidikan sempurna.

Beliau menambah, rancangan pembanguna­n tidak pernah meminggirk­an kebajikan kaum Penan malah berterusan membela nasib mereka.

“Sebelum ini banyak dakwaan terutamany­a daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing bahawa kaum Penan terpinggir daripada arus kemajuan.

“Ini semua tidak benar kerana kerajaan tidak pernah mengabaika­n mereka,” katanya sewaktu menghadiri Mjlis Penyerahan Sumbangan Sempena Sambutan Hari Natal Bersama Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd.

Turut hadir Pengurus Besar Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Chieng Kai Tiew, Pengurus Syarikat Lee Ling Timber Sdn Bhd Limbang Kenneth Chieng Siong Woo, Ketua Cawangan Khas Daerah Limbang Abdul Quim Asul dan Penghulu Sigar.

Hasbi berkata, kestabilan politik memudahkan kerajaan untuk melaksanak­an pelbagai pembanguna­n termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tambahnya, kerajaan sentiasa membantu kaum itu dalam semua bidang termasuk dalam pendidikan supaya mereka boleh melanjutka­n pelajaran hingga ke peringkat tinggi.

“Ini kerana kerajaan menyedari hanya melalui pendidikan sesuatu kaum itu dapat mengubah nasib mereka,” katanya lagi.

Menurut beliau, penanaman kelapa sawit yang diusahakan di negara ini salah satu usaha kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi penduduk di pedalaman

Mengulas mengenai majlis itu katanya, syarikat Lee Ling Timber menjalanka­n inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat luar bandar khususnya memberi keceriaan kepada mereka untuk meraikan perayaan Krismas.

“Aktiviti CSR ini perlu dipromosik­anagar masyarakat­mengetahui peranan Lee Ling Timber dalam melakukan aktiviti sosial kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau juga mahu lebih ramai syarikat swasta dan NGO agar mengikut jejak langkah Lee Ling Timber yang proaktif dalam menjalanka­n program CSR.

Kenneth berkata, program penyerahan sumbangan itu diadakan dalam usaha berterusan syarikat tersebut menjalanka­n inisiatif CSR bersama agensi kerajaan dan masyarakat setempat khususnya untuk meraikan perayaan Krismas.

Lebih RM100,000 disumbangk­an kepada penduduk Penan, Kelabit dan Iban pada program itu.

Beliau menegaskan syarikatny­a akan menganjurk­an kerja kemasyarak­atan untuk masyarakat di pedalaman secara berterusan.

 ??  ?? CERIA: Para penerima sumbangan bergambar bersama Hasbi (belakang, tujuh kiri) bersama Kenneth (belakang, empat kiri), Chieng Kai dan para penerima dari kaum Penan, Kelabit dan Iban.
CERIA: Para penerima sumbangan bergambar bersama Hasbi (belakang, tujuh kiri) bersama Kenneth (belakang, empat kiri), Chieng Kai dan para penerima dari kaum Penan, Kelabit dan Iban.
 ??  ?? KITA BANTU: Bruce (berdiri belakang) bersama pemohon e-Kasih sejurus tiba di Pejabat Daerah Miri Kompleks Islam Sarawak (KIS) semalam.
KITA BANTU: Bruce (berdiri belakang) bersama pemohon e-Kasih sejurus tiba di Pejabat Daerah Miri Kompleks Islam Sarawak (KIS) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia