Utusan Borneo (Sarawak)

Bersalah atas tiga pertuduhan, gagal timbulkan keraguan munasabah

-

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan memberi sokongan terhadap aktiviti pengganas, tahun lalu.

Hakim Datuk Nordin Hassan menjatuhka­n hukuman itu ke atas Mustaza Abdul Rahman, 30, bapa kepada seorang anak itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Sejurus mahkamah menjatuhka­n hukuman, anggota keluarga tertuduh dilihat menangis, manakala isterinya meraung sambil memeluk Mustaza yang kelihatan tenang semasa dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Hakim Nordin dalam penghakima­nnya berkata tertuduh menafikan ketiga-tiga pertuduhan dengan mengatakan dia telah kehilangan buah telefon bimbitnya dan mendakwa kad sim telefon itu diceroboh individu lain yang menggunaka­n identitiny­a dan menyertai kumpulan pengganas.

“Tiada keterangan yang menunjukka­n bahawa fakta penting ini (kehilangan telefon bimbit) ada dimaklumka­n pada pegawai penyiasat kes.

“Kegagalan tertuduh (memaklumka­n fakta penting itu) membolehka­n kenyataan (pembelaann­ya) diketepika­n.

“Tiada laporan polis dibuat (berhubung kehilangan telefon).

Isteri (tertuduh) juga tidak menyatakan tertuduh kehilangan telefonnya dan tidak ditanya peguam (ketika perbicaraa­n),” katanya sambil menambah tertuduh merupakan seorang anggota polis yang sewajarnya menjaga keamanan negara namun telah mengetepik­an amanah itu.

Hakim Nordin menjatuhka­n hukuman penjara masing- masing 12 tahun bagi pertuduhan pertama dan ketiga manakala penjara tujuh tahun bagi pertuduhan kedua dan memerintah­kan tertuduh menjalani kesemua hukuman itu secara serentak bermula 29 Jun 2016.

Sebanyak 13 saksi pihak pendakwaan dan empat saksi pihak pembelaan memberi keterangan pada perbicaraa­n kes itu yang bermula 18 April 2017.

Peguam Farida Mohammad memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman paling ringan mengambil kira tertuduh telah ditahan di penjara selama setahun setengah sehingga perbicaraa­n selesai manakala Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal.

Tiada keterangan yang menunjukka­n bahawa fakta penting ini (kehilangan telefon bimbit) ada dimaklumka­n pada pegawai penyiasat kes. Kegagalan tertuduh (memaklumka­n fakta penting itu) membolehka­n kenyataan

diketepika­n. ” (pembelaann­ya) Datuk Nordin Hassan Hakim

Bagi pertuduhan pertama, Mustaza yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, didakwa telah memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan.

Perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutka­n suatu perjuangan ideologi dan boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia melalui aplikasi Telegram dalam kumpulan perbualan ‘amanah’ dalam telefon bimbitnya.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Bagi pertuduhan kedua, Mustaza didakwa dengan sengaja tidak memberi apa-apa maklumat berkenaan dengan kesalahan-kesalahan berkaitan pengganas mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau dengan denda.

Dia juga didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara melakukan sumpah setia (berbai’ah) melalui aplikasi Telegram dalam kumpulan perbualan ‘ gagak hitam’ dalam telefon bimbitnya (tertuduh) mengikut Seksyen 130J( 1)( a) Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di G7-1-1, Blok Iksora, Perumahan Polis IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah antara 30 Mac dan 29 Julai 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBUTAN KES: Iskandar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh dekat Temerloh, semalam atas pertuduhan membunuh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, 21 Oktber lalu.
— Gambar Bernama SEBUTAN KES: Iskandar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh dekat Temerloh, semalam atas pertuduhan membunuh sepupunya di Taman Temerloh Makmur, 21 Oktber lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia