Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas sindiket curi pacuan empat roda di Jeli

-

JELI: Polis Kelantan berjaya menyelesai­kan lima kes kecurian kenderaan pacuan empat di daerah ini dengan penangkapa­n tiga lelaki tempatan Isnin lepas.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli ASP Ahmad Haizan Abdullah berkata suspek berusia 32 hingga 43 tahun itu ditangkap selepas mereka mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Berangan, Kuala Balah di sini.

Suspek pertama ditangkap pada jam 1.30 pagi, iaitu kira-kira enam jam selepas mereka mencuri kenderaan itu, di kawasan belukar berhampira­n sebuah stesen minyak berdekatan Politeknik Jeli di sini yang juga menjadi lokasi mereka menyorokka­n kenderaan yang dicuri, katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya dua lagi suspek ditahan kira-kira lima jam selepas itu apabila mereka datang ke kawasan belukar tersebut.

Ahmad Haizan berkata pemeriksaa­n terhadap ketiga-tiga suspek menemukan beberapa senjata termasuk buku lima buatan sendiri.

Katanya menerusi siasatan polis, kumpulan itu mengaku mencuri lima kenderaan pacuan empat roda sepanjang tahun ini.

“Ujian air kencing mendapati kesemua suspek terbabit positif dadah jenis metamfetam­ina dan seorang daripada mereka mempunyai 10 rekod lampau terlibat dengan kes mencuri kereta, dadah dan samun manakala dua lagi suspek mempunyai dua rekod lampau terlibat dengan aktiviti dadah.

“Kesemua suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379( A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia