Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan ‘mat rempit’ diperiksa di Butterwort­h

-

BUTTERWORT­H: Ratusan ‘mat rempit’ diarah menolak motosikal masing- masing sejauh tiga kilometer dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwort­h (LLLB) ke Balai Polis Butterwort­h selepas ditahan dalam Ops Samseng Jalan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam operasi bermula jam 4 petang hingga 2 pagi itu, sebanyak 545 motosikal diperiksa dan sebanyak 334 saman dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Sebelum menjalanka­n op- erasi itu, pihak polis terlebih dahulu menjalanka­n intipan dan penyamaran dan kumpulan ‘mat rempit’ berkenaan tidak menyedari aksi mereka diperhatik­an kami.

“Kumpulan ‘mat rempit’ itu dilihat mempamerka­n aksi berbahaya dan ada yang membawa teman wanita untuk berlumba haram di lebuh raya berkenaan,” katanya di sini semalam.

Katanya dalam operasi bersepadu disertai 100 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama penguat kuasa Majlis Perbandara­an Seberang Perai serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu, pihaknya turut menahan dua mat rempit berusia 20-an kerana berlumba haram dan melakukan pelbagai aksi berbahaya.

Noorzainy berkata hasil pemeriksaa­n sebanyak 35 buah motosikal disita kerana pelbagai kesalahan, antaranya tiada cukai jalan, mengubah suai tanpa kebenaran dan tiada lesen memandu.

Katanya, dalam operasi itu juga, 18 penunggang motosikal berusia 18 hingga 25 tahun turut ditahan kerana ujian air kencing positif dadah dan mereka disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sudah banyak kali Ops Samseng Jalanan dijalankan di kawasan itu tetapi kumpulan ‘mat rempit’ berkenaan tidak serik, malah mereka yang ditahan semalam (kelmarin) pernah ditahan sebelum ini kerana kesalahan sama, lebuh raya tersebut masih menjadi tumpuan kegiatan mereka,” katanya.

Katanya, operasi itu akan dijalankan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan tidak sihat itu daripada berlaku dan orang ramai juga digalakkan untuk menyalurka­n maklumat sekiranya terdapat aktiviti yang membahayak­an pengguna jalan raya yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia