Utusan Borneo (Sarawak)

Silibus teknologi hijau dilaksana sepenuhnya menjelang 2020: Ongkili

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan melaksanak­an silibus teknologi hijau dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sepenuhnya menjelang tahun 2020 sebagai usaha menyemai kesedaran dan memupuk gaya hidup hijau dalam kalangan pelajar.

Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, KeTTHA melalui Yayasan Hijau Malaysia ( YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) Universiti Sains Malaysia ( USM) dan Kementeria­n Pendidikan akan menyemak semula isi kandungan kurikulum berkaitan teknologi hijau.

Beliau berkata modul kurikulum teknologi hijau akan dimasukkan dalam mata pelajaran seperti Sains, Kimia, Biologi dan Fizik.

“Ini dijangka dilaksanak­an sepenuhnya pada tahun 2020. Saya telah berbincang dengan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya ia boleh mula dijalankan pada tahun depan untuk melatih guru- guru yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu KeTTHA di sini, semalam.

Beliau berkata seramai 1,700 guru akan dilatih secara khusus untuk memastikan tenaga pengajar adalah mencukupi dalam proses pengajaran.

Sementara itu, Ongkili berkata YaHijau akan melaksanak­an program kadet sukarelawa­n dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah dan universiti sebagai usaha untuk meningkatk­an kesedaran dan kepentinga­n amalan dan gaya hidup hijau.

“Sukarelawa­n ini akan bertindak sebagai promoter untuk amalan gaya hidup hijau dan penjagaan alam sekitar secara berterusan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

YaHijau ditubuhkan untuk memberi pendidikan, kesedaran dan menggalakk­an penyertaan orang ramai khususnya masyarakat di peringkat akar umbi dan badan korporat berhubung aplikasi teknologi hijau dan pembudayaa­n amalan hidup hijau.

Ia juga berperanan mempromosi serta meningkatk­an kefahaman, pendedahan dan penghargaa­n serta minat dalam memperkasa­kan gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat akar umbi termasuk pelajar universiti dan sekolah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Chong menandatan­gi plak perasmian Majlis Penutup Kempen Membantera­s Jenayah untuk Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mun Yee semalam. Turut hadir Pengarah Urusan Gamma Solution Wan Yat Hon (kiri).
— Gambar Bernama RASMI: Chong menandatan­gi plak perasmian Majlis Penutup Kempen Membantera­s Jenayah untuk Sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Mun Yee semalam. Turut hadir Pengarah Urusan Gamma Solution Wan Yat Hon (kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Ongkili bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri S K Devamany dan Ketua Setiausaha KeTTHA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang memotong kek pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Kementeria­n...
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Ongkili bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri S K Devamany dan Ketua Setiausaha KeTTHA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang memotong kek pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baharu Kementeria­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia