Utusan Borneo (Sarawak)

Selesai permasalah­an di sekolah secara muafakat Berbincang melalui jawatankua­sa permuafaka­tan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan berharap segala permasalah­an yang timbul di sekolah khususnya antara guru dan pelajar dapat diselesaik­an secara muafakat dan tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata, sebarang permasalah­an boleh diselesaik­an menerusi jawatankua­sa permuafaka­tan di sekolah yang berfungsi sebagai platform perbincang­an.

“Melalui jawatankua­sa ini, kedua-dua pihak iaitu ibu bapa pelajar dan guru yang terlibat akan dipanggil untuk berbincang secara aman.

“Guru pun manusia biasa, kita tak boleh pastikan ‘temper’ dia. Namun jangan jadikan isu sekolah diheret ke mahkamah, kerana ia tidak akan mewujudkan suasana pembelajar­an yang kondusif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Kempen Membantera­s Jenayah Untuk Sekolah, di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes seorang guru sekolah rendah (Cikgu Azizan) di Nilai, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan

Guru pun manusia biasa, kita tak boleh pastikan ‘temper’ dia. Namun jangan jadikan isu sekolah diheret ke mahkamah, kerana ia tidak akan mewujudkan suasana pembelajar­an yang kondusif. Datuk Chong Sin Woon Timbalan Menteri Pendidikan

ke mahkamah hari ini atas tuduhan mengenakan tindakan disiplin tegas terhadap seorang muridnya.

Chong turut mengingatk­an warga pendidik bahawa sebarang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar perlu mengikut pekeliling yang telah dikeluarka­n kementeria­n tersebut.

Mengenai Kempen Membantera­s Jenayah Untuk Sekolah yang dilancarka­n Mei lepas, beliau berkata ia berjaya dilaksanak­an di 100 sekolah rendah di seluruh negara menerusi sumbangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) berdefinis­i tinggi oleh Gamma Solution Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Gamma Solution Sdn Bhd Wan Yat Hon berkata, pemasangan CCTV di sekitar pintu masuk sekolah dan kawasan menurunkan dan mengambil pelajar itu, melibatkan peruntukan lebihi RM1 juta.

“CCTV itu diharap akan dapat membantu membantera­s jenayah kerana semua aktiviti termasuk pengesanan muka dan nombor plat kenderaan akan dirakam dengan jelas selain membantu pihak polis dalam menyelesai­kan kes-kes jenayah di sekolah,” katanya.

Antara sekolah yang terlibat dalam kempen itu di ibu negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Sentul, SJKC Lee Rubber, Sekolah Kebangsaan ( SK) Segambut dan SK Taman Kosas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia