Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n tidak halang guru nyatakan sokongan kepada rakan di mahkamah

-

KUALA NERANG: Kementeria­n Pendidikan tidak mempunyai halangan sekiranya ada guru yang ingin berhimpun menyatakan sokongan kepada rakan sekerja mereka yang dihadapkan ke mahkamah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini kerana kehadiran mereka adalah atas hak peribadi.

“Kalau terjadi pada rakan kita, kita akan hadir juga untuk beri sokongan… begitu juga mereka,” katanya selepas melancarka­n Kempen Kesedaran Kesihatan Wanita di Dataran Tepi Sungai di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai #PrayForCik­gu Azizan yang tular berserta kenyataan memohon warga pendidik bersatu memberi sokongan kepada seorang guru penolong kanan hal ehwal murid di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan yang akan dihadapkan ke mahkamah esok bersabit isu mendisipli­nkan murid.

Jumaat lalu, Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia menyatakan sokonganny­a terhadap guru berkenaan yang hanya dikenali sebagai Cikgu Azizan dan meminta semua guru di seluruh negara turut berbuat demikian.

Dalam perkembang­an lain, Mahdzir berkata kementeria­n menyerahka­n kepada polis serta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat kes seorang guru sekolah rendah di Miri, Sarawak yang dikatakan menulis komen berunsur penghinaan mengenai isu Baitulmuqa­ddis.

“Kita ini hidup dalam kepelbagai­an budaya dan agama jadi jangan timbulkan sesuatu perkara yang sensitif kerana ia perlu dijaga bagi menghormat­i budaya dan agama masyarakat lain.

“Saya ingin nasihatkan terutamany­a guru- guru supaya menjaga sensitivit­i sesuatu perkara sebelum menularkan­nya di laman sosial media,” katanya.

Sehingga kelmarin, sebanyak tiga laporan polis telah dibuat iaitu dua di Miri dan satu di Kuching berhubung perkara tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia