Utusan Borneo (Sarawak)

MAIS, AADK meterai MoU kendali pusat pemulihan di Serendah

-

KLANG: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berhubung kerjasama mengendali­kan pusat pemulihan bagi pesakit HIV dan Aids, yang bakal beroperasi bulan depan.

Pada majlis MOU itu, MAIS diwakili Setiausaha­nya, Datuk Bakhtiar Hussin dan AADK diwakili Ketua Pengarahny­a, Datuk Dr Abd Halim Hussin.

Pusat berkenaan yang dinamakan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS dan AADK dibina atas tanah MAIS di Serendah, Hulu Selangor dekat sini dengan kos keseluruha­n RM9.1 juta, menggunaka­n sumber Al-Riqab Lembaga Zakat Selangor.

Bakhtiar ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata pusat itu menawarkan khidmat pemulihan, rawatan dan perlindung­an bagi penagih dadah yang menghidap HIV dan Aids.

“Pusat ini mampu menempatka­n 40 pesakit lelaki beragama Islam dalam satu-satu masa, MAIS bertanggun­gjawab dalam hal ehwal pentadbira­n manakala AADK bertanggun­gjawab dalam hal pengoperas­ian bagi rawatan pemulihan pesakit,” katanya.

Bakhtiar berkata selain sebagai pusat pemulihan, pusat itu juga bertujuan untuk memantapka­n akidah pesakit HIV dan Aids agar tidak terpesong daripada ajaran Islam dan memberi peluang untuk mendekatka­n diri dan mendapat keredaan Allah.

Turut hadir Pengarah Pembanguna­n Sosial MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar dan Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK, Azmi Mustafa.

Sementara itu Dr Abd Halim berkata pihaknya mengalu-alukan kerjasama MAIS dalam membantu agensi berkenaan merawat pesakit HIV dan Aids.

Katanya usaha murni seperti itu patut menjadi contoh kepada majlis agama Islam negeri lain untuk bersamasam­a membantu AADK menangani pesakit HIV dan Aids yang ramai beragama Islam.

“Di pusat ini nanti, pesakit akan tinggal di sini sehingga bebas daripada belenggu penagihan dadah dan kembali ke pangkuan keluarga atau boleh tinggal di pusat ini sehingga meninggal dunia akibat HIV atau Aids.

“Kemasukan pula adalah secara sukarela atau pesakit yang dirujuk oleh keluarga, hospital dan AADK sendiri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia