Utusan Borneo (Sarawak)

74 agensi kerajaan di Melaka tandatanga­ni IBR: SPRM

-

MELAKA: Kesemua 74 agensi kerajaan negeri dan persekutua­n di negeri ini komited memberi kerjasama kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melafaz dan menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah ( IBR) bagi menghindar­i amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Pengarah SPRM Melaka Abu Talib Othman berkata Melaka merupakan antara negeri terawal yang menyahut seruan SPRM untuk melafaz dan menandatan­gani IBR, diketuai Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron bersama-sama barisan exco kerajaan negeri pada 8 Mac lepas.

“Tahniah negeri Melaka kerana kesemua 27 agensi kerajaan persekutua­n dan 47 agensi kerajaan negeri selesai 100 peratus melafaz dan menandatan­gani IBR.

“Selain itu, pelbagai pendekatan telah dibuat oleh SPRM termasuk dari segi penguatkua­saan undang-undang secara punitif (menghukum) atau program pencegahan dalam usaha memastikan negara bebas daripada ancaman rasuah yang boleh menjejaska­n imej,” katanya.

Beliau berucap demikian pada perhimpuna­n bulanan kerajaan negeri anjuran SPRM Melaka yang berlangsun­g di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh. Turut hadir Idris dan barisan exco serta kira-kira 500 penjawat awam seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Abu Talib berkata pihaknya sentiasa proaktif menjalin kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan di negeri ini dalam melaksanak­an pelbagai program kesedaran dan kempen antirasuah.

“Pintu pejabat SPRM Melaka sentiasa terbuka kepada semua sekiranya ada sebarang isu ataupun masalah yang perlu dirujuk berkaitan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa.

“Kita juga turun padang dalam usaha memperkasa­kan aktiviti mesra rakyat bagi mengubah taraf hidup mereka yang bocor angkara perasuah apabila pemberian kerajaan tidak sampai kepada mereka yang berhak menerimany­a,” katanya.

Beliau berkata hingga kini, suruhanjay­a itu telah melakukan 26 tangkapan di seluruh negeri pada tahun ini, yang mana sembilan daripadany­a merupakan penjawat awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia