Utusan Borneo (Sarawak)

LAP badan berkanun negeri pertama terima Sijil Pematuhan SAGA

-

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) menjadi badan berkanun negeri pertama di negara ini menerima Sijil Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan (SAGA).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata LAP menerima sijil tersebut pada Majlis Penganuger­ahan Sijil Pematuhan SAGA 2017 di Pulau Pinang pada 22 Nov lalu.

“Pengiktira­fan ini menunjukka­n pengurusan akaun LAP baik, (LAP) tidak berada dalam keadaan hutang yang serius, malah LAP juga merupakan sebuah lembaga air yang mempunyai pengurusan terbaik di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat LAP di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Zambry berkata sehingga 28 Nov lalu, sebanyak 11,502 keluarga miskin dan 1,953 rumah ibadat menerima subsidi air daripada LAP.

Selain itu, agensi tersebut turut mengadakan 33 projek tanggungja­wab sosial korporat melibatkan 166 rumah dan sebuah sekolah agama sepanjang tahun ini setakat ini.

Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri bertindak tegas terhadap kes mencuri air tujuan penternaka­n dan perkilanga­n yang berlaku di negeri itu.

“Ada dua kes (curi air) yang masih dalam perbicaraa­n mahkamah antaranya melibatkan ladang penternaka­n ayam secara haram dan ada beberapa kes yang masih dalam siasatan,” katanya.

Menurut Zambry, kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kes sedemikian kerana ia menjejaska­n sumber pendapatan LAP selain menafikan hak penduduk di kawasan yang berkenaan untuk mendapatka­n sumber air yang baik.

“Kecurian air menyebabka­n berlaku tekanan air rendah di sesuatu kawasan kerana kecurian ini membabitka­n kuantiti (air) yang banyak. Kecurian air juga menjejaska­n pendapatan LAP... sebagai contoh, kilang besar jumlah penggunaan air kira- kira RM100,000 sebulan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia