Utusan Borneo (Sarawak)

Mandanda ‘bantu’ Lyon benam Marseille

-

PARIS, Perancis: Kesilapan penjaga gol Steve Mandanda membantu Lyon menewaskan Marseille 2- 0 dan menjarakka­n kedudukan dari lawan mereka di tangga ketiga Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Mandanda menghadiah­kan gol pembukaan yang disempurna­kan Nabil Fekir sebelum Mariano Diaz menjaringk­an gol kedua tidak lama selepas rehat.

Kemenangan membolehka­n Lyon berada tiga mata di hadapan Marseille dan terikat mata dengan Monaco yang menduduki tangga kedua liga.

Marseille memberikan saingan yang kuat tetapi malangnya gagal menyempurn­akan banyak peluang ketika rekod 12 perlawanan tanpa kalah mereka berakhir.

“Saya mengambil sepenuh tanggungja­wab di atas kekalahan ini. Saya seharusnya tidak bolos gol mudah seperti itu,” kata Mandanda.

“Perbezaan adalah dua penjaga gol. Hari ini kita melihat ( penjaga gol Lyon) Anthony Lopes beraksi cemerlang dan Steve Mandanda kurang menyerlah, yang bermakna Marseille tewas perlawanan ini.”

Lyon bermula dengan baik apabila Fekir membuka jaringan seawal minit keenam untuk gol liga ke-12 beliau musim ini.

Tetapi beliau berterima kasih kepada Mandanda, yang terlepas bola dari satu tendangan percuma lemah dan masuk ke pintu golnya sendiri.

Marseille hampir mengikat kedudukan tidak lama selepas itu tetapi Lopes beraksi tangkas menepis tandukan Adil Rami selepas pemain pertahanan tengah itu tidak dikawal dari satu tendangan sudut Dimitri Payet.

Lyon bergelut bertahan dari tendangan sudut dan tendangan percuma dan bernasib baik sekali lagi apabila tandukan Rolando sedikit tinggi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia