Utusan Borneo (Sarawak)

Igor Zonjic bakal perkuatkan jentera pertahanan TFC 1

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Sibu FA berhadapan laluan sukar mara ke peringkat kebangsaan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) berikutan kecundang 4-1 ke atas Gedong Gators pada aksi ‘play-off’ Sabtu lalu.

Lebih malang, Sibu FA terpaksa menerima kekalahan itu ketika bermain di laman sendiri, di Stadium Tun Zaidi Sibu.

Timbalan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Sibu ( SDFA), Mohd Safree Mohamad berkata ketiadaann pemain tonggak pada perlawanan nan Sabtu lalu lu menjadi i p u n c a u t a m a Sibu FA t e w a s kepada pasukan p e l a - wat dari i Kuching n g itu.

“Pada aksi itu, beberapa rapa pemain utama kita terlibat dalam perlawanan akhir Liga Futsal Sibu 2017 berlangsun­g pada hari yang sama. “Jadi, kita k tidak me menyangka perk perkara itu b e r l a k u s e l e p a s p persiapan rapi dilakukan menentang Gedong G Gators, t e t a p i p a d a akhir akhirnya kita terpak terpaksa akur dengan kekalahan itu,” katanya di sini semalam. Beliau berkata, susulan kekalahan itu Sibu FA mela- lui laluan sukar bertemu Miri pada perlawanan peringkat ‘play-off’ seterusnya dijadualka­n di Miri pada 23 Dis- ember ini.

“Untuk memastikan kita mara ke peringkat kebangsaan (LBR), Sibu mesti me- nang menentang Miri membolehka­n mara bersama Gedong Gators,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Safree berharap kesilapan sama tidak berulang ketika menentang pasukan tuan rumah, Miri. KUALA TERENGGANU: Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini diperkemas­kan dengan kemasukan pemain pertahanan import baharu dari Montenegro, Igor Zonjic.

Pengurus TFC 1, Irfan Bakti Abdul Salim berharap dengan kemasukan bekas pemain kelab FK Rad, Serbia selama satu musim itu, akan memperkuku­hkan lagi benteng pertahanan pasukan utama Terengganu dalam menghadapi saingan Liga Super 2018.

“Kita boleh lihat pada musim lalu, pemain kita Lazarro banyak melepaskan gol mudah... kita tidak kata dia tidak bagus tetapi tidak mahu kesilapan berkenaan berulang.

“Beliau (Igor Zonjic) juga seorang pemain muda dan masih aktif dalam bola sepak...saya ambil beliau dalam keadaan masih berbaki beberapa perlawanan di liga lamanya dan beliau datang ke sini dalam keadaan cergas dan InsyaAllah bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Kemasukan Igor Zonjic, 26, menambah barisan pemain import baharu Terengganu yang sebelum ini dibarisi pemain kelahiran England, Lee Andrew Tuck yang beraksi bersama Negeri Sembilan musim ini, Kim Hyeon Woo dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Thierry Chantha Bin dari Krabi FC.

Irfan Bakti berkata setakat ini, semua pemain TFC 1 dalam keadaan cergas dan boleh menerima latihan yang dijalankan.

“Dalam dua tiga minggu ini, kita menitikber­atkan latihan kecergasan agar semua pemain lama dan baharu cergas setelah bercuti agak lama daripada saingan liga. Pemain import baharu juga sudah boleh menyesuaik­an diri agak cepat dengan keadaan di Terengganu serta corak latihan dan taktikal kita. Jadi kita tidak ada sebarang masalah dengan mereka,” katanya.

Mengenai tahap kesihatan penjaga gol utama Terengganu, Sharbinee Allawee, jurulatih itu berkata sehingga kini Sharbinee masih dalam proses pemulihan dan belum diputuskan sama ada akan disenaraik­an dalam pasukan utama Terengganu atau sebaliknya.

“Kita tidak mahu ganggu beliau kerana dia sedang dalam proses rehat untuk jangka panjang. Nama beliau juga tidak disenarai dalam barisan penjaga gol kita tapi tidak mustahil untuk beliau beraksi jika beliau sihat sepenuhnya dan kita sentiasa memantau keadaan kesihatan beliau,” katanya. — Bernama

Pada aksi itu, beberapa pemain utama kita terlibat dalam perlawanan akhir Liga Futsal Sibu 2017 berlangsun­g pada hari yang sama. Mohd Safree Mohamad Timbalan Setiausaha SDFA

 ??  ??
 ??  ?? SUKAR DITEMBUSI: Pertahanan Gedong Gators (baju merah) sukar ditembusi menyebabka­n Sibu FA kecundang 4-1 di laman sendiri, Sabtu lalu.
SUKAR DITEMBUSI: Pertahanan Gedong Gators (baju merah) sukar ditembusi menyebabka­n Sibu FA kecundang 4-1 di laman sendiri, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia