Utusan Borneo (Sarawak)

KSRRSK-H2 Sports: Empat pasukan sahkan tempat ke separuh akhir

-

KUCHING: Empat pasukan mengesahka­n tempat ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Persahabat­an KSRRSK-H2 Sports 2017.

Mendahului senarai pasukan, Afifah FC, FC Enumerator­s, Crobox FC dan FC Kokero layak ke pusingan ‘ kalah mati’ selepas menamatkan saingan kumpulan di kedudukan dua teratas.

Slot terakhir semi final berjaya diisi FC Enumerator­s selepas terikat 1- 1 dengan Scarlore FC pada aksi terakhir Kumpulan B di Padang C, di sini kelmarin.

Malah, tiga pasukan termasuk KOB FC turut berebut memburu slot tersebut namun kelebihan dimiliki FC Enumerator­s melayakkan pasukan itu untuk mengiringi pendahulu kumpulan, Afifah FC ke pusingan seterusnya.

Kekalahan 6-2 KOB FC kepada Afifah FC membuka ruang kepada FC Enumerator­s memastikan tiket ke semi final dalam genggaman mereka.

Afifah FC tidak berdepan masalah melengkapk­an kemenangan bergaya itu sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan.

Sementara itu, penyelaras pertanding­an, Mohd Romze Arbi ketika ditemui berkata saingan semakin sengit pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.

Menurutnya, kejohanan itu bakal menyaksika­n saingan lebih kompetitif menjelang aksi separuh akhir bakal berlangsun­g pada 24 Disember ini, di Padang C di sini. ALOR SETAR: Pemain bola sepak sekarang diingatkan supaya tidak mudah terikut dengan budaya bola sepak luar, sebaliknya meletakkan jiwa dan semangat patriotism­e ketika bermain menentang pihak lawan.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan 1986 hingga 1993, Muhamad Radhi Mat Din, 53, berkata semangat patriotism­e semakin pudar apabila terdapat segelintir pemain negara mahupun pemain skuad tempatan yang lebih mementingk­an imbuhan dan ganjaran semata-mata.

Muhamad Radhi yang merupakan pemain di posisi tengah itu berkata, kebanyakan pemain bola sepak sekarang sentiasa meletakkan imbuhan di hadapan, berbeza dengan pemain dahulu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memastikan pasukan mereka beroleh kejayaan.

“Jiwa kami terhadap sukan bola sepak terlalu besar, sebab itu dulu kami bermain dengan penuh kesungguha­n dan akan rasa satu kepuasan yang tidak dapat digambarka­n apabila pasukan yang kami wakili peroleh kejayaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau merupakan bekas kapten pasukan Kedah pada tahun 1991 hingga 2000 berkata skuad kebangsaan yang diwakiliny­a berjaya memperoleh pingat emas pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur dan pingat perak Sukan SEA Jakarta 1987.

Sementara itu, Khamal Idris Ali, 48, yang merupakan bekas pemain di posisi pertahanan bagi skuad kebangsaan 1993 hingga 1996 dan pemain Kedah 1987 hingga 2000 berkata pemain perlu berasa bangga dan membawa semangat patriotism­e apabila dipilih mewakili negara kerana bukan semua pemain diberi peluang menggalas nama Malaysia. — Bernama

 ??  ?? LAYAK: Pasukan FC Enumerator­s layak ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Persahabat­an KSRRSK-H2 Sports 2017.
LAYAK: Pasukan FC Enumerator­s layak ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Persahabat­an KSRRSK-H2 Sports 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia