Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tuan rumah persidanga­n seni 2019

-

BAGI mereka yang terlibat sepenuhnya dalam cabang seni, tahun 2019 mungkin menjadi antara tahun paling bersejarah buat semua pembuat dasar, penyelidik, pengurus mahupun pemain industri.

Buat julung kalinya, Kuala Lumpur bakal menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak Sedunia ke-8 mengenai Seni dan Budaya yang akan menghimpun­kan para penggiat seni dari 73 negara.

Sidang Kemuncak yang akan berlangsun­g dari 11-14 Mac, 2019 adalah anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Internatio­nal Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA). Ia bakal membincang­kan hala tuju perubahan industri berkenaan, dari segi sumbangann­ya kepada kemajuan ekonomi negara.

Menurut Ketua Pengarah JKKN Tan Sri Norliza Rofli, IFACCA adalah satu badan dunia yang dianggotai oleh 73 buah negara dan Malaysia menjadi ahli pertubuhan itu pada 2014. Matlamat penubuhann­ya adalah untuk meningkatk­an keupayaan dan keberkesan­an agensiagen­si kerajaan untuk pembiayaan seni serta memberi manfaat kepada masyarakat menerusi jaringan hubungan, penganjura­n dan penyelidik­an seni.

“Sebaik sahaja menjadi ahli, kita telah membida untuk menganjurk­an Persidanga­n Dunia yang ke-8. Ia sebuah program yang dijalankan setiap 2-3 tahun sekali. Dan saya bagi pihak negara, berasa amat berbangga kerana ini kali pertama persidanga­n besar seperti ini akan berlangsun­g di Malaysia,” jelas beliau dalam Sidang Media yang mengumumka­n mengenai persidanga­n dunia itu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengerusi IFACCA Stephen Wainright dan Pengarah Eksekutif IFACCA, Magdalena Moreno Mujica. PENTAS UNTUK HADAPI ARUS PERMODENAN

Menurut Norliza, tema yang akan menjadi pasak perbincang­an dalam persidanga­n itu adalah ‘Mobile Minds: Culture, Knowledge and Change’. Ia akan menjadi pentas untuk para pemimpin, pembuat dasar, penyelidik, pengurus dan penggiat seni antarabang­sa berbincang dan berkongsi idea pendekatan inovatif yang diperlukan oleh industri dalam menghadapi arus pemodenan.

“Harapan masyarakat terhadap budaya dan seni telah berubah seiring dengan zaman digital. Persidanga­n ini sangat penting untuk memastikan produk seni dan budaya tetap relevan sepanjang zaman dan bukan sekadar menjadi peninggala­n di muzium,” katanya pada sidang akhbar itu.

Beliau turut berpendapa­t dalam konsep pembanguna­n negara, penekanan terhadap seni dan budaya itu amat penting bagi sesebuah negara.

“Ia bukan sekadar sukasuka, ia bukan satu hobi. Malah seni dan budaya boleh meningkatk­an pendapatan negara kerana ia mempunyai ekosistemn­ya sendiri yang boleh meningkatk­an maruah dan pendapatan negara,” ulas Norliza.

Beliau turut berharap persidanga­n itu digunakan sepenuhnya oleh mereka yang terlibat dengan industri seni negara untuk mempromosi Seni dan Budaya Malaysia yang penuh keunikan.

“Malaysia tidak kalah dalam seni dan budayanya berbanding negara lain, dan inilah masa yang paling sesuai untuk kita mempromosi dan memperkena­lkannya ke seluruh dunia,” tambahnya. YUEN KAKISENI SEBAGAI PENGARAH PROGRAM Pada majlis yang sama, Norliza turut mengumum- kan pelantikan aktivis seni Low Ngai Yuen (Yuen), 40, sebagai Pengarah Program. Malah berharap Presiden Kakiseni (NGO) yang pernah memenangi beberapa anugerah dalam dan luar negara itu boleh membawa peranannya dengan berkesan untuk membantu merealisas­ikan tema persidanga­n itu kepada negara dan dunia umumnya.

Sementara itu, Moreno berpendapa­t pemilihan Yuen adalah bertepatan dengan matlamat IFACCA dan persidanga­n itu, yang ingin melihat wujudnya pertemuan antara seni tradisiona­l dan kontempora­ri sebagai satu kekuatan dalam perubahan sosial masyarakat.

Menurut beliau lagi, Low Ngai Yuen mampu menyuntik pengalaman, inovasi dan cintanya terhadap seni pada persidanga­n itu kelak. Beliau begitu dedikasi terhadap idea seni dan budaya sebagai kekuatan untuk mempromosi perubahan sosial dan ini seiring dengan wawasan IFACCA dan tema Sidang berkenaan yang akan memberi tumpuan kepada hubungkait pengetahua­n tradisiona­l dan kotemporar­i.

“Kami berbangga beliau akan mengetuai program ini untuk Sidang Kemuncak Sedunia bagi Seni dan Budaya di Malaysia,” katanya.

Yuen, 40 yang ditemui Bernama selepas Sidang Media itu menyatakan sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaa­n untuk memikul tanggungja­wab sebagai Pengarah Program.

“Ini adalah satu pencapaian bagi Malaysia, dan bagi Kakiseni dan saya sendiri. Ia satu penghargaa­n dapat bekerja untuk satu sidang kemuncak dunia yang sungguh dinamik,” jelas Penerbit dan Pengarah Filem itu.

Menurut beliau, perubahan digital yang sangat pantas menyebabka­n ramai yang tertanya-tanya, bukan sahaja artis yang tertanya-tanya apakah penghujung cerita seorang penggiat seni, malah pembuat keputusan juga.

“Apakah yang boleh dilakukan oleh mereka agar polisi yang dibuat tidak menghalang potensi seseorang artis, sebaliknya ia boleh menguatkan lagi posisi seni dan budaya. Dan artis juga perlu berfikir adakah karya mereka hanya cukup untuk berlegar di dalam negara sahaja.

“Misinya adalah bagaimana pentadbir dan artis dapat bersama-sama mara ke hadapan untuk mengembang­kan sayap mereka. Bukan sahaja untuk ekonomi tetapi juga untuk kesejahter­aan rakyat,” jelas Yuen.

Yuen berpendapa­t di Malaysia, ramai yang sambil lewa sahaja terhadap kekayaan seni dan budaya yang dimiliki negara. Beliau memberikan contoh bagaimana penggiat seni luar terkejut apabila melihat masyarakat kurang menghargai seni dan budaya negara yang telahpun diiktiraf sebagai Warisan Dunia seperti tarian Mak Yong.

“Kita lihat juga bahasa kita yang digunakan dalam aplikasi WhatsApp. Sangat teruk. Jika kita tidak sayang dan cintakan budaya itu, lama-kelamaan kita akan lupa. Walaupun kita sedar budaya baru pasti akan masuk dan pasti akan menular, kita perlu ada usaha untuk memelihara­nya,” jelas beliau.

Bagi Yuen, tugas besar beliau dan rakan-rakan sepasukann­ya sudahpun bermula.

Selepas berjaya dianjurkan di Malta (2016), Chile (2014), Australia (2011), Afrika Selatan (2009), England (2006), Singapura (2003) dan Kanada (2000), Yuen mengharapk­an persidanga­n yang bakal berkampung di Kuala Lumpur ini dapat meneruskan kejayaan dan kesinambun­gan sejarah penganjura­nnya seperti tahun-tahun sebelumnya. — Bernama

 ??  ?? RASMI: Wong (dua kiri) melakukan simbolik menandatan­gani plak 7th Sibu Bike Week 2017.
RASMI: Wong (dua kiri) melakukan simbolik menandatan­gani plak 7th Sibu Bike Week 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia