Utusan Borneo (Sarawak)

Hobi membuat rekaan grafik dengan menggunaka­n barangan baharu atau terpakai menguntung­kan

-

JOHOR BAHRU: Kreatif dalam menghasilk­an barangan melalui rekaan grafik, seorang usahawan muda kelahiran Johor kini mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Khairul Adzwan Khairullah, 27, mula menjinakka­n diri dalam bidang perniagaan pada 2008.

Bermula dengan sekadar hobi, beliau yang berminat membuat rekaan grafik telah menghasilk­an pelbagai kraf tangan seperti bingkai gambar yang diperbuat daripada kayu, bantal, cenderamat­a perkahwina­n dan pelbagai barangan mengikut kehendak pelanggan meng- gunakan barangan baharu atau barangan terpakai.

Selain itu, anak muda kelahiran Pontian itu berkata barangan yang dihasilkan juga mula dipasarkan secara dalam talian melalui laman web, media sosial dan aplikasi Caroussell di bawah jenama Krl Brands.

“Pesaing dalam bidang penghasila­n kraf tangan tidak begitu ramai khususnya di Johor jadi untuk menjual produk keluaran sendiri tidak sukar. Dengan hanya bermodalka­n wang yang sedikit, saya mampu menjana pendapatan yang lumayan terutama apabila menggunaka­n banyak barangan terpakai,” kata Khairul Adzwan kepada Bernama baru-baru ini.

Khairul merupakan Top Johor Caroussell­er yang hadir berkongsi pengalaman perniagaan bersama usahawan komuniti Caroussel dalam Program Caroussell Live yang diadakan di Kilang Bateri di sini.

Beliau yang juga bekerja sebagai jurutera mekanikal itu berkata antara barangan terpakai yang digunakan termasukla­h lebihan kain serta botol kicap yang tidak digunakan lagi.

Dengan hanya mengeluark­an modal untuk membeli mesin pencetak dua dimensi pelbagai rekaan, hasil krea- tivitinya mampu dihasilkan sehingga kini yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan­nya.

Menurutnya, tanpa membuat sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi, kini lebih 30 produk kraf tangan berjaya dihasilkan seperti aksesori bayi dan pelbagai perhiasan dalaman rumah dengan bantuan isterinya, Nur Hidayah Abu Bakar, 27.

Nur Hidayah berkata beliau yang pada mulanya tidak tahu mengenai selok-belok perniagaan, juga boleh menghasilk­an produk sendiri atas tunjuk ajar suaminya.

“Kami berdua akan memastikan pengeluara­n modal adalah minimum untuk menghasilk­an kraf tangan kerana percaya bahawa tidak semestinya bagi menghasilk­an sesuatu produk, perlu modal yang besar.

“Selain itu juga, cuba memanfaatk­an barangan terpakai di sekitar kita yang selama ini tidak terfikir boleh menjana pendapatan,” katanya yang bekerja sebagai guru tadika.

Khairul yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), menegaskan walaupun mempunyai pekerjaan tetap, ia bukan penghalang baginya untuk menceburi bidang perniagaan yang kini semakin berkembang.

Beliau turut mengakui pendapatan sampingann­ya itu kadangkala melebihi pendapatan tetapnya lebih RM2,000 sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat tempatan di sini.

“Pelanggan yang membeli produk Krl Brands juga ramai dari Singapura, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak dan Johor. Ia juga menjadi semangat saya untuk berusaha mengembang­kan perniagaan ini,” katanya.

Krl Brands kini mempunyai hampir 4,900 pengikut di aplikasi Caroussell sejak 2013. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia