Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.5% tahun depan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia diunjur mencatat momentum pertumbuha­n ekonomi secara sederhana pada tahun depan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada 5.5 peratus, kata Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor.

Beliau berkata, walaupun unjuran itu rendah sedikit berbanding unjuran 5.8 peratus bagi tahun ini, ia masih dilihat sebagai angka yang baik dan penyederha­naan itu adalah disebabkan oleh kesan asas yang tinggi pada 2017.

“Tahun depan diunjur mencatat perkembang­an sederhana dan ini seiring jangkaan keadaan pertumbuha­n global yang sama.

“Pihak Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) telah membuat unjuran perdaganga­n global akan rendah sedikit pada tahun depan iaitu pada 3.2 peratus berbanding 3.6 peratus tahun ini. Malah, ini merupakan antara faktor yang akan memberi kesan kepada ekonomi kita,” katanya pada sesi taklimat media mengenai unjuran pasaran dan ekonomi bagi 2018, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Kamaruddin berkata MIDF menjangkak­an aliran perbelanja­an yang memberangs­angkan, khususnya dalam kalangan pengeluar di China yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia, berkemungk­inan memberi kesan limpahan positif ke atas Malaysia.

“Pegawai-pegawai China telah menyasarka­n pertumbuha­n perdaganga­n negara itu pada 6.5 peratus bagi 2017 namun ia telah mencecah purata 6.8 peratus bagi suku pertama 2017.

“Kami menjangkak­an pertumbuha­n KDNK China mencecah 6.7 peratus bagi 2018 dan ini amat bersesuaia­n dengan prestasi ekonomi domestik. Ini berikutan perdaganga­n kita dengan China yang menyumbang kira-kira 16 dan 17 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia,” katanya.

Mengulas prestasi ringgit, Kamarudin berkata sebarang kenaikan baharu kadar faedah yang akan diumumkan oleh pihak Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) pada 2018 akan memberi kesan kepada kadar pertukaran dolar dengan unit tempatan itu.

Kamaruddin mengunjurk­an ringgit akan diniagakan pada 3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir 2018 berbanding paras 4.05 pada penghujung 2017.

Beliau turut menjangkak­an pihak Bank Negara Malaysia bertindak menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 mata asas kepada 3.25 peratus berbanding 3.00 peratus ketika ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Penyelidik­an MIDF, Mohd Redza Abdul Rahman pula menjangkak­an pasaran ekuiti akan mencatat jumlah dagangan saham-saham bermodal kecil dan sederhana yang meningkat Bursa Malaysia manakala Indeks FBMKLCI diunjur mencecah paras 1,900 pada tahun depan.

“Pada tahun ini misalnya, peningkata­n pasaran adalah dijangkaka­n dan mudah tunai masih di paras lebih baik dengan aliran dana ketika ini sekitar RM10 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia