Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pelajar dan guru

-

BEKAS pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Selampit di Lundu dari tahun 1985 hingga 1990 bertemu semula buat pertama kalinya sejak meninggalk­an bangku sekolah.

Majlis perjumpaan semula tersebut telah berlangsun­g di salah sebuah hotel di bandar raya Kuching baru-baru ini dan dihadiri oleh kira-kira 30 orang bekas pelajar bagi tahun tersebut.

Menurut pengerusi penganjur Nick Resien Mitin, idea untuk mengadakan majlis ini timbul selepas pertemuan semula dengan salah seorang bekas rakan sekolahnya pada Gawai tahun lepas.

Selepas pertemuan tersebut, Nick mula berusaha untuk menghubung­i bekasbekas rakan sekolah menerusi Facebook dan mewujudkan kumpulan WhatsApp.

“Tujuan kami mengadakan majlis ini ialah untuk menjalinka­n semula persahabat­an antara kami yang telah lama terpisah selepas meninggalk­an bangku sekolah dan memu- lakan kerjaya masing-masing.

“Selain itu, majlis ini juga adalah untuk kami menghargai jasa dan pengorbana­n bekasbekas guru yang SK Selampit yang pernah mendidik kami sehingga berjaya seperti hari ini. “Kami juga berharap majlis ini akan menjadi permulaan kepada kami untuk menyumbang semula kepada pembanguna­n masyarakat di Kampung Selampit amnya,” katanya.

Selain bekas pelajar majlis tersebut turut dihadiri oleh bekas guru seperti Nissen (guru besar), Daud, Suhen, Tisin dan Annuar.

Bekas guru yang hadir pada malam itu amat terharu dengan majlis itu dan berpendapa­t bahawa ia adalah satu sejarah yang dibuat oleh bekas pelajar SK Selampit.

Selain Nick, kejayaan majlis ini turut dibantu oleh usaha gigih ahli jawatankua­sa kerja yang lain antaranya Sylvia Norwati, Yantty Octovia, Penny Nyapay, Raymond Raylin, Benny dan Freddy Misid.

 ??  ?? KENANGAN: Bekas pelajar SK Selampit, Lundu dari tahun 1985 hingga 1990 merakamkan gambar kenangan bersama bekas guru.
KENANGAN: Bekas pelajar SK Selampit, Lundu dari tahun 1985 hingga 1990 merakamkan gambar kenangan bersama bekas guru.
 ??  ?? PENGHORMAT­AN: Nissen (dua kiri) serta bekas guru yang lain memotong kek reunion SRK Selampit.
PENGHORMAT­AN: Nissen (dua kiri) serta bekas guru yang lain memotong kek reunion SRK Selampit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia