Utusan Borneo (Sarawak)

116 pelatih AJKK berjaya tamatkan latihan

-

KOTA KINABALU: Seramai 116 pelatih Akademi Jahitan Kota Kinabalu (AJKK) berjaya menamatkan pengajian dalam bidang jahitan dan kimpalan.

Pengarah AJKK Alicia Lenson berkata, kejayaan yang dicapai para graduan itu adalah atas usaha dan juga sokongan daripada keluarga masingmasi­ng.

“Sepanjang tahun ini, AJKK telah berjaya memperoleh­i pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Faktor kecemerlan­gan ini boleh dikatakan berpunca daripada sokongan semua warga kerja serta kemudahan prasarana lengkap yang membolehka­n para pelajar belajar dalam suasana kondusif,” katanya pada Majlis Konvokesye­n AJKK 2017 kali ke-2, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, kecemerlan­gan para pelajar dalam bidang rekaan fesyen juga terserlah apabila menjadi johan dalam pertanding­an Sabah Young Designer Challenge kategori kontempora­ri 2017, menjadi naib johan serta tempat ketiga dalam kategori recycle.

Selain itu katanya, pelajar AJKK turut didedahkan dengan program peragaan fesyen dalam Karnival Kemahiran Malaysia dan Gempak Usahawan Wanita 2017.

“Jemputan ke Malaysia Fashion Week di Kuala Lumpur adalah satu penghargaa­n rekaan fesyen yang telah kami menangi di peringkat Sabah.

“Saya juga berharap kesemua graduan hari ini akan terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dimasa hadapan,” katanya.

Hadir merasmikan majlis itu ialah Pengarah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) Cyberjaya Mohamad Yaacob.

 ??  ?? LANCAR: Myrna (dua kiri) dan Siti (kanan) bersama tetamu kehormat lain ketika melancarka­n seminar Ancaman Pedofilia dan Pornografi: Selamatkah Anak Kita?
LANCAR: Myrna (dua kiri) dan Siti (kanan) bersama tetamu kehormat lain ketika melancarka­n seminar Ancaman Pedofilia dan Pornografi: Selamatkah Anak Kita?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia